Liga Perdana Inggeris musim 2021/2022 : Perlawanan ke 3

Liga Perdana Inggeris musim 2021/2022 : Perlawanan ke 3

0

Tottenham Hotspurs gah di puncak Liga Perdana Inggeris setelah mengekalkan rekod kemenangan ketiga berturut turut dalam 3 perlawanan pertama liga pada musim 2021/2021 ini.

Pasukan dari utara London tersebut merupakan satu satunya pasukan setakat ini yang berjaya memperolehi 3 mata penuh dalam setiap perlawanan liga setakat ini; dengan mengumpul 9 mata.

Manakala pencabar liga, Chelsea dan Liverpool pula berpuas hati dengan memperolehi 7 mata setakat ini setelah sekadar seri 1-1 dalam pertembungan di Anfield tempohari.

Manchester United yang mencipta rekod baru dalam Liga Perdana Inggeris setelah berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 28 perlawanan liga di tempat lawan pula; mengatasi rekod pasukan Arsenal pada musim 2003/2004, mengecapi 3 mata yang sungguh bermakna di Stadium Molineux setelah menumpaskan pasukan Wolves menerusi jaringan minit ke 80 oleh pemain muda sensasi, Mason Greenwood,19.

EPL2021-2022 WEEK3

Setakat 3 perlawanan pertama ini, hanya Wolves, Norwich City dan Arsenal yang masih belum memperolehi sebarang mata setelah tumpas dalam ketiga tiga perlawan yang telah dilalui mereka.

Liga Perdana Inggeris akan bersambung semula pada 11 September 2021 ini berikutan rehat perlawanan antarabangsa yang akan berlangsung.

- Advertisement -