Liga Perdana Inggeris musim 2021/2022 : Perlawanan ke 2

Liga Perdana Inggeris musim 2021/2022 : Perlawanan ke 2

0

Pasukan West Ham United kendalian bekas pengurus Manchester United, David Moyes, telah  membenam Leicester City 4-1 di London untuk menjadi pendahulu Liga Perdana Inggeris setakat ini setelah 2 perlawanan.

Selain itu, 4 pasukan lain turut mencatatkan kemenangan kedua musim ini berturut turut dalam liga iaitu Chelsea, Liverpool, Brighton dan juga Tottenham Hotspurs.

Manakala 5 pasukan lain iaitu Arsenal, Wolves, Burnley, Norwich City dan Newcastle pula masing masing masih gagal mengutip sebarang mata setelah dua perlawanan berlalu.

 

EPL2021-2022 WEEK2

 

Manchester United pula sekadar berada di tangga keenam dengan 4 mata setelah seri 1-1 dengan pasukan Southampton dalam kunjungan ke Stadium St Mary pada 22 Ogos 2021 lepas.

Manchester United bakal membuat kunjungan ke Molineux Stadium pada hujung minggu ini bagi menentang Wolves untuk perlawanan ke 3 Liga Perdana Inggeris pada musim ini.

Waspada lah dengan Wolves kerana mereka ibarat sekumpulan serigala yang terluka !

- Advertisement -