Liga Juara Eropah musim 2021/2022 : Pertembungan menentang Atalanta

Manchester United bakal bertemu pasukan Atalanta dari Serie A untuk kempen Liga Juara Eropah pada musim ini

0

Undian untuk peringkat kumpulan buat 32 pasukan dari sekitar Eropah sempena kempen Liga Juara Juara Eropah (UEFA Champions League) buat musim 2021/2022 telahpun berakhir dan Manchester United telah diundi untuk berada dalam Kumpulan F; bersama sama dengan Juara Liga Europa musim lepas  iaitu Villareal, pasukan dari Serie A iaitu Atalanta dan juga pasukan dari Switzerland iaitu FC Young Boys.

Diundi bersama pasukan Villareal sememangnya suatu pertembungan yang menarik dalam kempen Liga Juara Eropah kali ini, lebih lebih lagi pasukan dari Sepanyol inilah yang telah menyebabkan kekecewaan yang amat dahsyat buat ramai penyokong Manchester United berikutan kekalahan dalam perlawanan akhir Liga Europa menerusi penentuan sepakan penalti.

Walau bagaimanapun, Villareal bukanlah fokus utama dalam penulisan kali ini. Kita akan mengulas lebih lanjut berkenaan pasukan dari Serie A iaitu Atalanta. Umum mengetahui bahawa Atalanta bukanlah suatu nama yang popular dari Serie A, lebih lebih bagi peminat bola sepak dari luar Eropah yang lebih ramai menumpukan perhatian atau sokongan kepada pasukan pasukan hebat secara tradisinya dari bumi Italy seperti AC Milan, Juventus, AS Roma, Internazionale dan Napoli.

2021-04-18-Atalanta-beat-Juventus

 

Atalanta, sebuah pasukan dari Italy yang berpangkalan di Bergamo, bukanlah satu pasukan yang begitu dikenali dalam kejohanan Liga Juara Juara Eropah. Penyertaan mereka dalam kejohanan Liga Juara Juara Eropah hanya bermula sejak tahun 2019; dimana mereka berjaya mencipta kejutan dengan berjaya mara ke peringkat suku akhir pada musim tersebut.

Kemaraan mereka pada musim sulung mereka dalam Liga Juara Juara Eropah itu disekat oleh Paris Saint Germain.

Namun, konsistensi dan persembahan mereka sejak 3 tahun kebelakangan ini dalam Serie A sudah cukup menaikkan perhatian dari banyak pihak, terutamanya dalam kejohanan peringkat kelab di Eropah yang mereka sertai. Atalanta telah berjaya menempah slot ke kejohanan Liga Juara Juara Eropah sebanyak 3 musim berturut turut sejak penyertaan sulung mereka pada musim 2019.

Dikemudi pengurus berpengalaman berusia 63 tahun iaitu Gian Piero Gasperini, yang juga bekas pengurus pasukan terkenal di Serie A iaitu Palermo, Genoa dan Internazionale, Atalanta berjaya mengekalkan prestasi yang cukup baik dan konsisten buat pasukan yang boleh dikatakan “masih muda” dalam kejohanan Liga Juara Juara Eropah.

gasperini-atalanta

Apa yang lebih menarik buat Manchester United dan Atalanta, kedua dua pasukan ini belum pernah sekalipun bertembung dalam mana mana perlawanan di peringkat Eropah. Tiada rekod perlawanan antara kedua dua pasukan dalam sejarah 143 tahun penubuhan Manchester United. Begitu juga buat Atalanta dalam 113 tahun sejarah penubuhan mereka.

Justeru, pertembungan menentang Atalanta adalah sesuatu yang mengujakan dan juga memberikan debaran yang cukup hebat buat Manchester United serta buat para penyokong United. Kunjungan ke Bergamo, Italy semestinya amat dinanti nantikan buat Manchester United.

- Advertisement -