Lee Sharpe dedahkan mengapa Solskjaer masih enggan memainkan bintang mudanya

0

Bekas pemain sayap Manchester United, Lee Sharpe yakin Ole Gunnar Solskjaer telah bertindak dengan bijak seteleh tindakan tidak menurukan pemain muda mereka, Amad Diallo untuk kesebelasan utama United. Seperti kita diketahui, pemain berusia 18 tahun itu tiba di United pada bulan Januari tahun ini setelah berhijrah dari Atalanta pada musim panas lalu. Namun, sehingga kini Amad belum berjaya mendapat kesebelasan utama dalam pasukan utama United.

Walaupun United telah membayar yuran sehingga 37 juta pound, termasuk dengan bonus tambahan, Solskjaer hanya memberikan peluang kepada Amad dengan membuat empat penampilan sebagai pemain gantian setakat ini – selebihnya dia kerap diturunkan dalam pasukan bawah 23 tahun United.

Amad, mungkin akan membuat debut penuh pada aksi kedua suku akhir Piala Europa minggu ini menentang Granada. Dan, jika situasi ini benar, Lee Sharpe teruja untuk melihat apa yang dapat dihasilkannya pada masa akan datang.

“Saya berfikir dia mempunyai kebolehan luar biasa. Seorang pemain yang sangat muda, dan dia kelihatan sangat kecil, jadi saya sedikit bimbang akan fizikalnya ketika beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris.” kata Sharpe kepada MEN Sport.

“Tetapi saya fikir dengan tempoh masa latihan bersama dengan pasukan senior pada ketika ini, dia akan menjadi pilihan yang baik,” katanya. “Saya tidak banyak bertemu dengannya, tetapi saya tahu dia mempunyai banyak kemampuan dan mampu menjaringkan gol.”

“Amad harus mempertingkatkan lagi tahap fizikalnya supaya dapat menyaingi pemain-pemain lain. Ini kerana ketika sesi latihan dijalankan, dia sering dijatuhkan dengan mudah dan dia harus belajar memperbaiki situasi berkenaan. Pengurus sedia maklum dengan perkara tersebut dan saya dapat rasakan dia harus sedar.”kata Sharpe.

Sharpe percaya bahawa tidak lama lagi Amad akan berpeluang untuk berada dalam kesebelasan utama United kerana dia merupakan permata di dalam pasukan. Dia juga yakin bahawa Amad akan dijaga dengan baik oleh pengurus dan kakitangan sekaligus dapat meingkatkan perkembangan pemain tersebut.

- Advertisement -