Lee Grant akui tidak kisah jika tidak diturunkan

0

Penjaga gol berkaliber Manchester United Lee Grant mengakui bahawa dirinya tidak mempunyai masalah meskipun ia menjadi penjaga gol pilihan keempat di Manchester United.

Grant mengatakan bahawa ia masih merasakan dirinya mempunyai peranan penting meskipun ia bukanlah pemain pilihan dalam skuad Ole Gunnar Solskjaer.

Ketibaan Tom Heaton ke United secara automatik menjadikan Grant kini semakin jauh dari urutan penjaga gol pasukan utama kerana Kini United mempunyai empat penjaga gol dalam pasukan utama iaitu David de Gea, Dean Henderson, Tom Heaton dan Lee Grant.

Dalam dua tahun bersama United,Grant hanya bermain dua kali di liga.Namun hal yang mengejutkan berlaku apabila pemain berusia 38 tahun itu telah ditawarkan lanjutan kontrak baru dengan United.

Salah satu faktor yang membuatnya bersetuju melanjutkan kontrak adalah kerana ia merasa dirinya dihargai di United.

“Saya rasa dihargai dan menikmati peranan saya dalam pasukan itu adalah perkara yang baik.Tidak kira apa urutan saya dalam skuad.Saya juga berasa sangat bertuah kerana berpeluang berkhidmat untuk kelab ini,” kata bekas penjaga gol Stoke City  seperti dilaporkan oleh Goal. 

“Tidak kira siapa yang bermain kami akan sentiasa menyokongnya.Bukan itu sahaja, tetapi kami juga akan menjadi cabaran kepada penjaga gol utama. Oleh itu, kami akan selalu memberikan 100 peratus apabila dipilih untuk bermain. “

- Advertisement -