Jika musim lepas kecederaan adalah faktor yang membuatkannya gagal untuk menyerlah, musim ini skrip itu seperti tidak mahu bertukar. Bagi seorang pemain profesional, inilah situasi yang sering menghantui pemain..
Ya, mereka mempersembahkan segala kudrat untuk pasukan, berjuang untuk berikan terbaik dan cuba menjadi terbaik diantara terbaik atas padang. Bagi Raphael Varane tangisan nya semalam benar-benar memberikan satu tanda tanya yang jawapannya sudah boleh diramal..
Dalam perlawanan semalam, aksi Varane tampil dengan cukup solid dipertahanan United. Dia mengawal Sterling dan Aubameyang dengan kawalan tidak membiarkan lawan mudah melepasi mereka.
Namun, ketika momen dia mendapat kecederaan itu, Aubameyang berjaya melepasi kawalan Varane dan dari situ lah tercetusnya kecederaan hamstring. Tidak dapat meneruskan permainan, Lindelof menggantikan Varane dan beraksi baik.
Bagi jurulatih Ten Hag ketika ini belum ada kepastian rasmi mengenai kecederaannya dan mereka juga sedang menunggu.
“Pada masa ini tiada maklumat pasti. Kami semua melihat bagaimana dia keluar dan dengan kecederaan seperti itu, kami perlu menunggu sekurang-kurangnya 24 jam dan kakitangan m perubatan boleh membuat diagnosis mengenai kecederaan itu,” kata Ten Hag.
“Varane mempunyai pengalaman tetapi pasukan perubatan perlu melakukan tugas mereka, perlu membuat penilaian, menetapkan diagnosis yang betul dan dari situ membuat kesimpulan.”
Okay, jika dilihat dari reaksi nya kesakitan hati lebih sakit daripada kesakitan yang diterimanya. Kelihatan teruk dan menangis akibat daripada itu.
Dia bukan pertama kali, mendapat kecederaan sebegini tapi kenapa lebih beremosi? Mungkin dalam kepala mindanya Piala Dunia sudah boleh dilupakan. Mungkin itu hanyalah andaian tapi Semoga ianya tidak menjadi kenyataan