Buletin Manchester United

Lanjutan-kontrak-Solskjaer

Lanjutan kontrak Solskjaer

Manchester United akan menunggu sehingga penghujung musim ini untuk mengadakan perbincangan kontrak baru dengan Ole Gunnar Solskjaer. United kini berada di kedudukan kedua liga 5 mata dibelakang pendahulu liga, Man City. Pengurusan United mahu United terus fokus untuk bersaing kejuaraan liga dan memastikan mereka layak secara automatik ke kejohanan Liga Juara-Juara Eropah sebelum menawarkan kontrak baru untuk Solskjaer. Pengurus United itu mempunyai baki 16 bulan kontrak dan ramai menjangkakan Solskjaer akan ditawarkan 2 tahun kontrak lanjutan.

Pengurusan United juga bersedia menaikkan gaji Solskjaer sekitar £6 juga tidak termasuk bonus. Tetapi perkara ini boleh berlaku jika United dapat mengekalkan momentum permainan selepas kekalahan mengejut kepada Sheffield United baru-baru ini. Selain itu, United juga tersingkir dalam kejohanan Liga Juara-Juara Eropah pada musim ini. Perkara ini dipandang serius oleh pihak pengurusan United.

Solskjaer dijangka akan menurunkan barisan terkuatnya ketika pasukan United akan bertemu West Ham untuk pusingan ke-5 Piala FA pada awal pagi ini. Dijangkakan De Gea akan digugurkan dari kesebelasan utama dan diganti Dean Henderson yang akan diberi peluang. Pengurus United, Solskjaer berkata, ‘Dean telah bermain baik dan dia akan mempunyai peluang. Ia baik untuk perkembangan permainannya. Dia telah berlatih bersungguh-sungguh pada sesi latihan. Dia ingin bermain pada setiap perlawanan kerana dia telah membuktikan dia mampu bermain dengan baik.’

Selain itu, Rio Ferdinand berkata, ‘United pada awal musim bukanlah 1 pasukan yang dijangka akan bersaingn untuk kejuaraan. semua orang tahu mengenai perkara itu. Tetapi apabila anda pernah berada sebagai pendahulu liga, anda terus dilabel sebagai pencabar. United kini dalam fasa pembikinan dan proses membina semula United yang baru. Saya merupakan peminat setia United. Apabila anda menang pasti kita akan gembira. Apabila anda mempunyai peluang untuk mendapatkan kejuaraan, anda pasti teruja untuk melihat pasukan anda mempunyai potensi tersebut.’

‘Masalah utama bagi United ialah mereka sering tercicir mata dalam perlawanan-perlawanan tertentu. Mereka melepaskan gol-gol mudah kepada pasukan lawan. Anda boleh lihat bagaimana Man City terus mara kehadapan. Mereka telah mempunyai pengalaman pada musim lepas di belakang Liverpool. Pada musim ini mereka lebih meyakinkan walaupun tanpa Sergio Aguero dan Kevin de Bruyne.’