Buletin Manchester United

Kurang-kepercayaan-dan-keinginan

Kurang kepercayaan dan keinginan

Lagenda Manchester United, Roy Keane sekali lagi mengkritik persembahan yang dipamerkan oleh pemain United pada perlawanan menentang Arsenal awal pagi tadi. Para pemain United tidak menyerlahkan rasa keinginan dan kepercayaan untuk menumpaskan pasukan Arsenal. Pasukan bimbingan Ole Gunnar Solskjaer dipaksa seri tanpa jaringan 0-0 selepas kedua-dua pasukan buntu mencipta jaringan.

Selepas perlawanan Arsenal, United dilihat hanya mampu menjaringkan 1 gol sahaja ketika berdepan dengan pasukan 6 terkuat liga. Cavani telah melepaskan 2 peluang terbaik untuk menjaringkan gol pada separuh masa kedua permainan. Roy Keane sejujurnya tidak berpuas hati dengan sikap segelintir pemain yang bermain untuk bekas pasukannya itu.

‘Saya hanya mampu menggaru kepala saya melihat permainan United. Mereka dilihat seperti tidak rasa yakin untuk memenangi perlawanan ini. Itu yang merisaukan saya. Kita bermain untuk pasukan United. Anda boleh lihat, Arsenal kehilangan beberapa pemain utama dan saya tahu perkara itu tidak memberikan kredit kepada anda untuk mencapai kemenangan. Tetapi anda harus mengambil peluang tersebut. Cavani seharusnya menjaringkan 2 gol pada perlawanan awal pagi tadi. Tetapi secara keseluruhannya, mereka kurang mempamerkan intesiti ketika menyerang.’ ujar Roy Keane.

Keputusan seri ini membolehkan kedua-dua pasukan berkongsi 1 mata selepas United tewas mengejut ketika menentang Sheffield United. Roy Keane percaya kedua-dua perlawann tersebut merupakan titik penentu kepada persaingan liga pada waktu ini.

‘Kita tidak boleh menjadikan alasan kekalahan dan seri pada perlawanan ini disebabkan tiada kehadiran penyokong, jadual perlawanan yang padat dan lain-lain alasan. Apa yang kita dapat lihat ialah pasukan United tidak mempamerkan kualiti mereka yang sebenar. Arsenal layak untuk mendapatkan 1 mata walaupun meraka juga mempunyai beberapa peluang untuk mendapatkan gol.’

United kini 3 mata dibelakang Man City, dan Man City masih ada 1 perlawanan di tangan. Kemungkinan 6 mata jadi pemisah bagi United dan Man City pada akan datang. Man City kini telah berjaya mencapai 12 kemenangan berturut-turut dilihat adalah calon utama kejuaraan liga.