Kualiti pemain pertahanan di Liga Perdana Inggeris semakin bagus, pesan Neville sambil ada niat tersembunyi

0

Cristiano Ronaldo telah melengkapkan perpindahan termasyhur ke Manchester United pada tengah malam tadi. Lagenda pemain United ini telah kembali ke Old Trafford secara rasminya selepas dia melengkapkan status perubatannya di United dalam masa terdekat ini.

Bekas rakan sepasukan C.Ronaldo, Gary Neville telah menyampaikan ucapan selamat kembali ke Old Trafford sambil memuat naik gambar menyindir rakan sepengusalnya di Sky Sport, Jamie Carragher. Gambar tersebut menunjukkan aksi C.Ronaldo sedang berhadapan dengan Carragher ketika perlawanan United menentang Liverpool. Neville juga mengingatkan C.Ronaldo yang pemain pertahanan Liga Perdana Inggeris sekarang lebih hebat dari yang sebelum ini.

Sindiran Neville kepada kepada Carragher

Cristiano Ronaldo kini berusia 36 tahun dan mempunyai rekod jaringan gol yang ‘phenomenal’. C.Ronaldo telah menjaringkan 101 gol bersama Juventus untuk 3 musim. Jumlah tersebut hampir sama dengan jumlah gol ketika dia bermain di United iaitu 188 gol untuk 6 musim. Ronaldo dan Neville telah bermain bersama pasukan United pada satu masa dahulu.

Neville mengajar C.Ronaldo bercakap English

Ronaldo merupakan pemain tunggal United yang tinggal ketika mana United memenangi kejuaraan pada musim 2008. Dia masih lagi berkemampuan untuk berhadapan dengan saingan Liga Perdana Inggeris pada musim ini. Pasukan sedia United pada ketika ini dikelilingan dengan bakat kualiti pemain muda yang sangat bagus. Kehadiran C.Ronaldo ini pasti dapat memberikan inpirasi kepada pemain-pemamin muda di United untuk mengikuti jejak langkahnya.

- Advertisement -