Piala Dunia Qatar bakal membuka tirainya beberapa hari saja lagi. Semua pemain sudah kini giat untuk menjalani latihan bersama pasukan negara masing-masing selepas perlawanan terakhir pada minggu lepas..
Man United diwakili beberapa pemain untuk menyertai skuad negara mereka untuk berjuang di Qatar. Bagi pemain tengah perancang Portugal, Bruno Fernandes tidak menahan diri daripada bercakap mengenai Piala Dunia dalam satu temu bual..
Bruno Fernandes berkata melalui The Athletic
Bukan Masa Sesuai..
Piala Dunia yang diadakan empat tahun sekali sememangnya menjadi tumpuan dunia kerana menjadi sukan nombor satu dunia..
Namun ianya kebiasaan berlangsung ketika liga kelab-kelab di eropah sudah menghabiskan musim mereka dan akan bermain pada musim panas. Ini berbeza kejohanan di Qatar yang akan dilangsungkan pada penghujung tahun
“Ia bukan masa yang tepat kami mahu bermain di Piala Dunia”
“Saya fikir untuk sema orang, pemain dan peminat, ia bukan masa terbaik. Kanak-kanak akan berada di sekolah, orang ramai akan bekerja dan masa tidak akan menjadi yang terbaik untuk orang ramai menonton permainan.”
Selain itu Bruno Fernandes juga menambah apa yang berlalu di Qatar ketika mereka mempersiapkan fasiliti untuk kegunaan kejohanan tersebut
Ia merasakan tidak gembira melihat apa yang berlaku kerana terlalu ramai nyawa terkorban akibat pembinaan fasiliti di Qatar
“Kami tahu persekitaran Piala Dunia, apa yang berlaku dalam beberapa minggu kebelakangan ini, beberapa bulan lalu, tentang orang yang telah terkorban dalam pembinaan stadium. Kami tidak gembira tentang itu sama sekali.”
“Kami mahu bola sepak untuk semua orang, semua orang perlu disertakan dan terlibat dalam Piala Dunia kerana ia adalah mengenai Dunia”
“Ia untuk semua orang tidak kira sesiapa, perkara sebegini saya rasa tidak sepatutnya berlaku pada bila-bila masa”
“Tetapi untuk piala dunia ia lebih daripada bola sepak. Ia adalah pesta untuk peminat dan pemain sesuatu yang menggembirakan untuk di tonton harus dilakukan cara yang lebih baik”