Kariernya di Man United ada naik turunnya semenjak menyertai United dari Southampton. Datang dengan prospek masa depan England yang akan bersinar menjadi salah seorang pertahanan kiri terbaik dunia..
Bermacam halangan dan dugaan Luke Shaw semasa di United. Pernah menjadi pemain yang paling trauma disebabkan patah kaki. Prestasi yang ada kalanya baik dan adakalanya menjadi bualan disebabkan persemabahan terbaik untuk United dan negaranya England
Namun ada laporan yang mungkin kurang sedap didengar bahawa Luke Shaw kini dikaitkan dengan perpindahan ke Everton. Laporan melalui Caught Offside
Shaw yang kini berusia 27 tahun telah menjadi pemain yang hebat untuk United di posisi bek kiri. Dengan kehadiran pemain baru Tyrell Malacia, Shaw dengan pantas menaikkan prestasinya dan merampas semula posisinya
Pemain pertahanan Inggeris itu telah membuat 14 penampilan di seluruh pertandingan, menyumbang dua bantuan gol. Mungkin dia bukanlah pemain yang sering produktif dari aspek gol dan assist tapi sumbangannya terhadap permainan pasukan menjadi efektif
Setakat ini khidmat Shaw telah membantu pasukan United mengekalkan tujuh gol tanpa bolos dan dijangka menjadi sebahagian daripada skuad 26 pemain England yang bertandang ke Qatar untuk Piala Dunia FIFA 2022.
Walaupun prestasinya yang mengagumkan,dikatakan United dan Everton dilaporkan telah membincangkan potensi perjanjian untuk bek kiri itu.
Rundingan itu dikatakan berterusan, tetapi Shaw yang mahu berjuang berazam untuk menandatangani perjanjian baharu dengan Red m Devils selepas ini..
Ya, seperti diketahui juga Kontraknya sekarang dengan Manchester United akan tamat pada musim panas depan, walaupun kelab itu mempunyai pilihan lanjutan setahun.
Rekod kecederaan yang membimbangkan yang tidak boleh bermain sepanjang musim penuh, dengan konsistensi mungkin membuat United berfikir dua kali untuk membincangkan perjanjian baharu untuk Shaw.
Awal musim ini pemain bek kiri Malacia memulakan kempen dengan baik, tetapi sekali lagi prestasi menurun dan Shaw berjaya mengambil semula dengan prestasinya yang baik
sumber : Sportkeeda