Komen Solskjaer mengenai penampilan pertama Varane

0

Ole Gunnar Solskjaer tela hmemuji persembahan Raphael Varane. Dia telah buat penampilan pertamanya yang cukup cemerlang pada perlawanan malam tadi. Pemain antarabangsa Perancis ini membantu United mendapatkan ‘clean sheet’ selepas 11 perlawanan dengan mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Wolves.

Solskjaer berkata,’Selamat datang ke Liga Perdana Inggeris. Corak dan gaya permainan, kepantasan, kekasaran, kekuatan fizikal dan serangan balas merupakan di antara perkara yang anda harus menyesuaikan dalam kancah liga inggeris. Dia telah memberikan satu kelainan dalam bilik persalinan kami sebelum perlawanan mahupun ketika tamat separuh masa pertama. Saya sangat suka dengan persembahan yang dia pamerkan. Dia telah buktikan dia pemain bertarat dunia.’

Rangkuman penampilan pertama Varane.

Varane telah membantu United bertahan dengan baik sepanjang perlawanan bersama-sama dengan Maguire, Shaw dan Bissaka di bahagian pertahanan. Dia juga kagum dengan persembahan rakan sepasukannya De Gea, selepas menyelamatkan 2 percubaan berturut-turut serta Bissaka yang melakukan ‘clearance’ di atas garisan gol.

Varane telah mencatatkan 88 hantaran yang tepat, 74 sentuhan bola, 5 hantaran ke kawasan kotak penalti pasukan lawan, 2 kemenangan bola di udara, 3 ‘clearances’, 1 halangan bola hantaran lintang, 1 ‘assist’ dan ‘clean sheet.

Dea juga tidak ketinggalan memuji persembahan Varane. Dia sangat selesa dengan Varane yang berada dihadapannya bersama Maguire. De Gea berkata,’Dia merupakan pemain yang bagus. Dia telah menyesuaikan dirinya dengan cara permainan kami. Sangat berpengalaman. Dia sentiasa tenang dalam kawalan bola, dia mempunyai kualiti yang bagus dalam bersaing bola di udara, pantas dan secaraa keseluruhannya dia merupakan seorang pemain pertama yang cukup lengkap. Kehadiran yang bagus untuk pasukan United’

Varane muat naik gambar di Instagramnya

- Advertisement -