Komen Solskjaer mengenai Martial

0

Ole Gunnar Solskjaer telah ditanya mengenai persembahan Anthony Martial ketika perlawanan menentang West Ham awal pagi tadi. Laporan dari The Independent memberitahu, Solskjaer cuba mengelak daripada menjawab soalan mengenai prestasi individu seseorang pemain.

Solskjaer akur United tidak mempunyai penyudah yang bagus pada perlawanan tersebut dan dia memberitahu yang Martial telah pun bekerja keras. Solskjaer berkata,’Saya tidak mahu berkata mengenai persembahan mengenai prestasi individu seseorang pemain. Bukan Anthony Martial sahaja, malah semua pemain tidak mendapat nasib yang baik dengan kelebihan dan peluang kami miliki. Martial tahu apa yang kami mahukan dari dia, dia sentiasa berusaha bersungguh-sunggh dan dia akan mendapat peluang tersebut.’

Perlawanan awal pagi tadi merupakan peluang terbaik untuk Martial membuktikan yang dia mampu bersaing dalam kesebelasan utama United pada musim ini. Namun dia gagal memanfaatkannya. Pemain antarabangsa Perancis telah melakukan 3 percubaan daripada 27 percubaan yang dilakukan oleh pasukan United. Ketiadaan Rashford dan Cavani disebabkan kecederaan dan CR7 direhatkan seharusnya dimanfaatkan oleh Martial.

90 minit permainan yang amat mengecewakan bagi Martial. Berkemungkinan ini adalah perlawanan 90 terakhir bagi Martial kerana dengan kehadiran CR7 dan sekembalinya Rashford dan Cavani peluangnya untuk bermain semakin tipis. Tidak hairan jika khabar angin Martial akan dijual pada perpindahan Januari nanti akan berlaku.

- Advertisement -