Komen Solskjaer ke atas Lingard mengingatkan kita kisah Smalling dan Sanchez

0

Solskjaer telah memuji penampilan bergaya Lingard dalam perlawanan persahabatan pertama United baru-baru ini.

“Jesse yang sebenar telah kembali. Dia kembali ceria. Dia pasti mahu mencabar posisi miliknya di United pada musim ini.”

“Saya sangat gembira dan bangga dengan semangat yang dipamerkan para pemain dalam usaha untuk merebut tempat dalam pasukan utama United. Sudah tentu, apa yang Jesse lakukan pasa akhir musim lepas adalah permainan sebenar Jesse.”

“Itah yang kami inginkan dari Jesse. Kami tahu dia mampu melakukannya. Pada penghujung musim lepas, kami akui kami mengalami pemilihan pemain yang kurang. Namun untuk musim ini, dia akan berada dalam perancangan kami. Saya mengharapkan dia berada di United pada awal musim ini.”

Namun kata-kata seperti ini telah Solskjaer ungkapkan pada peristiwa-peristiwa lepas.

Lingard telah bermain dengan baik ketika dipinjamkan ke West Ham pada Januari lepas. Dia masih lagi aset berharga bagi United.

Jika United ingin menjualnya pada waktu ini, ia merupakan masa yang terbaik. Lingard mahukan tempat dalam pasukan England pada Piala Dunia 2022. Dia perlukan minit permainan.

Ia pernah berlaku pada Smalling. Smalling telah bermain dengan baik bersama pasukan Roma ketika dipinjamkan.

Solskjaer pernah berkata pada sebelum ini, “Musim ini pasti akan menjadi musim yang penting bagi Smalling. Dia telah kembali dan bersedia untuk bersaing dalam kesebelasan utama United. Dia telah buktikan ketika bersama Roma di Seria A.”

“Pada musim sebelum ini, saya mahukan gandingan Maguire dan Lindelof sebagai pertahanan utama dengan Bailly dan Tuanzebe sebagai ‘backup’. Dan Smalling akan dihantar sebagai pemain pinjaman selama setahun di Roma. Kini dia sudah kembali dan membuktikan betapa berharganya dia kepada United.”

Kemudian tidak sampai sebulan selepas itu, dia telah dijual kepada Roma dengan nilai 18.1 juta pound.

Begitu juga dengan kisah Alexis Sanchez pada Januari 2020. Solskjaer telah memberitahu kepada media, “Alexis akan kembali bersama kami pada hujung musim dan buktikan kepada anda semua.”

United telah melepaskan Sanchez pada akhir musim tersebut. United sekaligus dapat menjimatkan pembayaran gaji yang Sanchez sekitar 400 ribu seminggu dengan perpindahannya ke Inter Milan.

Jadi adakah perkara yang sama akan berlaku kepada Lingard? Ini semua bergantung kepada pemain tersebut. Apa yang dia inginkan dan apa yang kelab dapat berikan.

Dengan Juan Mata baru sahaja menyambung kontrak 1 tahun lagi, VDB yang perlukan minit permainan pada tahun ini, lebih jika Lingard berhijrah. Dengan itu, pemain muda seperti Shola Shoretire dan Hannibal akan mendapat peluang bermain.

- Advertisement -