Berita Terkini

Komen Solskjaer baru ini beri peringatan kepada pemain senior yang bermain ketika menentang QPR

Komen Solskjaer Baru Ini Beri Peringatan Kepada Pemain Senior Yang Bermain Ketika Menentang Qpr

Manchester United telah bermain untuk perlawanan persahabatan ke-2 baru-baru ini dan dilihat tidak berjalan dengan baik selepas tewas 2-4 kepada QPR pasukan di Liga Inggeris 2 (Championship) di Stadium Loftus Road.

Memang ada beberapa perkara yang positif boleh diambil kira dalam perlawanan tersebut, namun keputusan tersebut telah menceritakan kisah sebenarnya.

Selepas perlawanan Solskjaer lebih memberikan komen kepada bakat-bakat pemain muda dibandingkan dengan pemain senior yang bermain pada perlawanan tersebut.

Solskjaer berkata,’Satu pelajaran yang bagus untuk pemain-pemain muda ini. Ini merupakan garis permulaan prestasi pasukan ketika ini. Tidak dilupakan ia merupakan ujian untuk pemain lama dan berpengalaman juga. Sehingga minit terakhir, saya gembira melihat pemain-pemain muda bermain.’

Kata-kata tersebut jelas menunjukkan dia kecewa dan kita sudah memahami apa yang Solskjaer ingin sampaikan.

Seorang pemain senior yang boleh kita ketepikan daripada kritikan adalah Jesse Lingard. Dia telah menjaringkan gol pada seawal minit ke-3 permainan dan dia sering kali menggerakkan jentera tengahnya dari bahagian pertahanan untuk melancarkan serangan. Dia juga ada cuba mencipta beberapa peluang kepada rakan sepasukan.

Seterusnya adalah pemain yang dilihat tidak sesuai berada dalam pasukan utama pada ketika ini adalah Lee Grant. United telah melepaskan 3 gol dalam masa 15 minit permainan selepas dia di bawa masuk. Juan Mata dan Nemanja Matic juga dilihat kurang memainkan peranan sebagai pemain senior yang berpengalaman. Ditambah pula dengan kehadiran Andreas Pereira yang dilihat seperti tidak kelihatan di dalam padang.

Pereira dilihat tidak mempunyai masa depan yang baik bersama United pada musim ini. Walaupun dia diberikan minit permainan hampir 1 perlawanan, tiada perkara yang boleh dibanggakan. Lebih elok jika pemain muda lain diberikan peluang tersebut. Pemain-pemain muda seperti James Garner dan Levitt mempunyai potensi yang lebih baik jika diberi peluang minit bermain. Ada kemungkinan Pereira akan direhatkan dalam perlawanan persahabatan yang seterusnya dan jika ia berlaku maka itu adalah pengakhir kariernya bersama United.

Seterusnya nama Axel Tuanzebe dan Brandan Williams. Pemain ini walaupun masih muda namun mempunyai kelebihan pengalaman yang lebih baik daripada pemain-pemain muda lain. Kedua-dua pemain ini memperlihatkan kekurangan kualiti ketika bertahan di dalam permainan dan ia menjadikan Solskjaer agak bimbang dengan keadaan tersebut. United dikatakan berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa masuk Varane untuk memantapkan barisan pertahanan.

Selain itu, bagi Daniel James pula, tempoh 45 minit permainan di atas padang masih belum mencapai tahap yang diinginkan. Dia kerap kali membuat keputusan yang teruk ketika berada di kawasan penalti pasukan lawan walaupun dia berjaya mencari ruang yang bagus. Namun ini merupakan perlawanan pertama baginya. Peluang masih ada bagi perlawanan persahabatan yang seterusnya di mana dia perlu memperbaiki segala kekurangan pada perlawanan pertama dia bermain.

Keputusan perlawanan pra-musim sememangnya tidak memberikan apa-apa mata kepada pasukan. Namun persembahan dan prestasi pemain dapat dinilai oleh pengurus dan barisan kejurulatihan. Solskjaer berhak berasa bimbang dengan pasukan yang boleh dikatakan ‘backup’ kepada pasukan utama United pada ketika ini walaupun kita dapat melihat dia sentiasa bersikap positif.

Pemain muda seperti Anthony Elanga, Shola Shoretire dan Hannibal memberikan sedikit senyuman kepada Solskjaer dengan aksi yang lebih baik dan bagus. Pada musim lepas, Solskjaer mengakui pasukannya tidak mempunyai ‘squad depth’ yang cukup mantap dibandingkan dengan pasukan City. Ia terbukti dengan 2 perlawanan persahabatan baru-baru ini.

Solskjaer pasti tahu akan kelemahan dan akan memperbaiki keadaaan ini sebelum perlawanan Liga Perdana Inggeris bermula.

Lain-Lain Artikel

Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Buletin Manchester United
Buletin Manchester United

Buletin Manchester United

245

Page rasmi untuk Kelab Peminat Buletin Manchester United (BMU) dan page bahasa Malaysia no 1

[ Gol terbaik bulanan untuk Liga Perdana Inggeris sempena musim 2023/2024 ]

4 pemain Manchester United menggondol anugerah jaringan gol Liga Perdana Inggeris terbaik bulanan setakat musim 2023/2024 ini.

Bruno Fernandes
Garnacho
Kobbie Mainoo
Rashford

Semoga Antony dapat memenangi anugerah ini untuk bulan May nanti.

#BMU14

[ Gol terbaik bulanan untuk Liga Perdana Inggeris sempena musim 2023/2024 ]

4 pemain Manchester United menggondol anugerah jaringan gol Liga Perdana Inggeris terbaik bulanan setakat musim 2023/2024 ini.

Bruno Fernandes
Garnacho
Kobbie Mainoo
Rashford

Semoga Antony dapat memenangi anugerah ini untuk bulan May nanti.

#BMU14
... See MoreSee Less

22 hours ago

15 CommentsComment on Facebook

bruno atau mainoo gotm bulan april 💯

April gol maino lwn lipop

Player terbaik bulan ini

Load More

| BMU - Informasi Semasa |

Harry Maguire dijangka cergas sepenuhnya menjelang aksi perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Coventry City Ahad ini. Ia susulan daripada spekulasi yang ditimbulkan selepas Maguire tidak dikesan menyertai sesi latihan semalam bersama skuad utama. (Samuel Luckhurst, X)

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC

| BMU - Informasi Semasa |

Harry Maguire dijangka cergas sepenuhnya menjelang aksi perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Coventry City Ahad ini. Ia susulan daripada spekulasi yang ditimbulkan selepas Maguire tidak dikesan menyertai sesi latihan semalam bersama skuad utama. (Samuel Luckhurst, X)

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC
... See MoreSee Less

1 day ago

27 CommentsComment on Facebook

Somehow sekarang ni bila dia ada,rasa lega sikit dengan pertahanan.

Tak pernah terduga aku lega bila Maggy available this weekend. Dulu tak cukup tanah aku merempan tgk nama dlm starting xi. Sorry Mag byk kecam bro dulu...manusia mana kan tak buat kesilapan 🤣 Tapi kalau buat kelakar kat Wembley, awas ya!!

Geng2 mcm Rashford Sancho bleh tgk Maguire ni.. kena tarik captaincy, kena kecam teruk oleh 1 Dunia, bukan fans mu je.. tpi still improve and improve... Kdg2 ada mistake jugk, tpi still.. much better drpd sblum ni.. bola kt udara tu, mmg dia lh king

Load More