Komen Jan Oblak mengenai khabar angin perpindahan ke Man United

Jan Oblak bernilai anggaran 90 juta pound pada ketika ini

0

Jan Oblak berkata dia tidak akan begitu tergegas-gesa dalam membuat keputusan meninggalkan Juara La Liga pada musim ini Atletico Madrid. Wakau bagaimanapun, dia mengakui perkara tersebut mungkin berlaku jika kelab berhasrat untuk mendapatkan dana untuk perpindahan pada musim hadapan.

Pemain berusia 28 tahun itu memenangi kejuaraan La Liga pada musim ini telah membuat 38 penampilan dan berjaya mengekalkan rekod terbanyak cleen sheets dalam senarai penjaga gol di dalam liga. Perkara tersebut telah membolehkan dia kini sebaris dengan penjaga-penjaga gol terbaik di dunia pada ketika ini.

Manchester United telah dikaitkan dengan perpindahan Oblak yang mempunyai ketinggian 6’2 kaki ini sekaligus memberi tamparan hebat pada kedudukan penjaga gol utama United iaitu Dean Henderson atau David De Gea. Salah seorang daripada mereka harus ditunjukkan jalan keluar. Pasti De Gea adalah pemain tesebut kerana Henderson baru sahaja menandatangani kontrak baru bersama United pada awal musim ini.

Oblak begitu gembira dengan kehidupan di Wanda Metropolitano dan hasrta untuk meninggalkan bandar tersebut pada waktu ini.

‘Saya tidak dapat melihat masa depan saya, begitu juga dengan kelab ini. Semuanya bergantung kepada banyak faktor. Jika kelan perlukan dana tambahan, ada kemungkinan segelintir pemain harus dilepaskan.’

‘Saya tidak akan berkata apa-apa mengenai masa depan saya pada ketika ini. Saya telah berada di Atletico selama 7 tahun dan saya masih mempunyai baki 2 tahun kontrak.’

‘Saya telah bermain lebih dari 300 perlawanan di sini dan saya sangat gembira bermain dalam La Liga. Kejayaan musim ini amat bermakna dalam karier saya. Saya tidak pernah terfikir soal perpindahan.’

‘Saya masih di sini. Mari kita lihat apa yang akan berlaku pada masa hadapan.’

- Advertisement -