Berita Terkini

Komen Harry Maguire mengenai persembahan ‘agresif’ Manchester United.

image_2023-04-09_083442718

Kapten Manchester United Harry Maguire bermain dengan solid di bahagian pertahanan ketika United mengalahkan Everton 2-0 di Old Trafford.

Persembahannya sangat membanggakan, bermain menyerang dan mencipta peluang yang banyak sambil mengekak asakan pemain Everton.

Mengenai ini, Maguire berkata, “Persembahan yang sangat bagus. Kami benar-benar menyerang dan agresif. Kami bermain di separuh lapangan mereka dan tidak membiarkan mereka bernafas.

“Kami seharusnya sudah jauh meninggalkan mereka sehingga kecewa disebabkan kami hanya mencetak dua gol.”

Beliau menambah bahawa, “Saya fikir setiap perlawanan kami ingin memulakan dengan cara ini, kami ingin menyerang dan agresif.

“Separuh masa pertama itu sempurna kecuali dibahagian penyudah yang perlu sedikit lagi klinikal.”

Ini merujuk kepada enam peluang besar yang terlepas semasa separuh masa pertama sebelum Scott McTominay mencipta gol.

Maguire walaupun menjadi kapten, namun dia tidak menjadi pemain yang biasa bermain dalam pasukan Erik ten Hag pada musim ini, tetapi beliau tetap optimistik dan bersedia apabila dipanggil.

“Adalah hebat untuk memimpin rakan-rakan di Old Trafford dan tidak dibolosi serta mendapat tiga mata.

“Saya mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kelab maju ke hadapan sama ada saya bermain atau tidak.”

Maguire menambah bahawa beliau adalah antara empat bek tengah terbaik di kelab [Raphael Varane, Lisandro Martinez dan Victor Lindelöf], dan memahami mengapa masa bermain boleh dihadkan.

“Saya menghormati dan tahu bahawa kami mempunyai saingan yang baik di posisi saya di kelab ini.

“Ada empat bek tengah antarabangsa terbaik di kelab ini dan kami semua berusaha untuk menjadi yang terbaik.”

Maguire telah seimbang antara menjadi pilihan ketiga dan keempat ten Hag musim ini, dengan hanya 12 penampilan liga dari 29 kemungkinan.

Lain-Lain Artikel