Komen Giorgio Chiellini mengenai perkembangan Danial James

0

Pemain pertahanan veteran Itali Giorgio Chiellini gembira melihat persembahan pemain Man United Daniel James.

Giorgio Chiellini yang berusia 36 tahun telah bermain dengan begitu baik sepanjang kariernya dan merupakan nadi utama di bahagian pertahanan Ilati pada musim ini.

Mereka masih belum melepaskan sebarang jaringan hampir 500 minit permainan.

Walaupun tidak diturunkan pada perlawanan menentang Wales dengan Roberto Mancini telah menurunkan kesebelasan keduanya, Itali masih memberikan persembahan yang memukau pada edisi Euro 2020 kali ini.

Mereka telah menggunakan 25 daripada 26 senarai pemain dalam kejohanan kali ini.

Wales tewas 1-0 kepad Itali dalam perlawanan berkenaan. James tidak dapat beraksi dengan baik pada perlawnaan berkenaan. Pasukan Itali melakukan tekanan demi tekanan yang menyebabkan Wales tidak dapat bermain dengan baik.

Walau bagaimanapun Wales telah berjaya layak ke pusingan seterusnya selepas berada di keududukan ke-2 dalam kumpulan dengan perbezaan kiraan gol dengan pasukan Switzerland.

Ketika sebelum perlawanan, Chiellini ada di tanye oleh pihak media siapakan pemain yang anda ingin saksikan ketika perlawnan nanti dan nama James ada disebutnya.

“Saya suka Aaron Ramsey, kami main bersama di kelab dan dia merupakan pemain yang bagus tetapi sayangnya dia kerap mengalami kecederaan.”

“Tetapi apabila dia cergas, dia merupakan pemain yang bijak dan bagus. Selain itu adalah Bale, semua orang mengenali pemain ini. Saya juga suka akan permainan James. Dia sudah semakin berkembang dari segi prestasinya ketika di Manchester United.”

- Advertisement -