Komen Bruno ke atas Ronaldo pula

0

Bruno Fernands dan Cristiano Ronaldo berkongsi kejayaan selepas Portugal menewaskan Hungry baru-baru ini.

Selepas gagal menyempurnakan peluang barik hantaran Bruno, ROnaldo menebusnya dengan jaringan 2 gol pada lewat permainan.

Kedua-dua bintang sebelum dan sekarang United ini telah meraikan kejayaan kemenangan bergaya dengan 3-0.

Ronaldo telah menjaringkan 106 gol dan 3 gol untuk menyamai rekod yang dipegang Ali Daei dengan 109 gol.

Fernandes telah memuat naik mesej di media sosial dengan membuat penghargaan kepada rakan sepasukannya itu di atas rekod yang telah dicipta dan bakal dicipta oleh Ronaldo.

Sebelum bermula kejohanan Euro 2020 ini, Ronaldo telah berada di dalam senarai penjaring terbanyak bagi Euro dengan 9 gol. Rekod 9 gol itu menyamai rekod yang pernah dipegang Michel Platini pada sebelum ini.

Dan sekarang dengan 2 gol tambahan, dia kini telah menjaringkan 11 gol dengan rekod yang baru dalam kesemua kejohanan Euro yang telah disertainya. Dia telah menjaringkan gol untuk Euro 2004, Euro 2008, Euro 2012, Euro 2016 dan kini Euro 2020.

Pemain yang masih bermain dan berada dalam senarai penjaring terbanyak adalah Antoine Griezmann dengan 8 gol. Bekas rakan sepasukan ROnaldo hanya mampu mencatatkan 6 gol.

Untuk kejohanan Piala Dunia, ROnaldo telah menjaringkan 7 gol. Tetapi rekod penjaring terbanyak sepanjang masa dipegang oleh Miroslav Klose dengan 16 gol. Ronaldo pasti berharap mendapat peluang untuk bermain pada Piala Dunia Qatar 2022.

Sementara itu, Marcus Rashford dalam sidang media semalam, begitu kagum dengan prestasi yang dipamerkan oleh Ronaldo walaupun usia pemain itu kini sudah menjangkau 36 tahun.

- Advertisement -