Klopp “Tidak Gembira” Kepulangan Ronaldo di United

0

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp telah mengakui bahawa beliau “tidak senang” dengan tindakan Manchester United yang menandatangani semula Cristiano Ronaldo.

0_GettyImages-1339658899

United, walaupun sudah mendapatkan Raphael Varane dan Jadon Sancho di awal jendela perpindahan, United bertindak untuk menandatangani pemenang Ballon d’Or lima kali di akhir jendela perpindahan, dengan tawaran kontrak dua tahun.

Dengan waktu kurang dari seminggu sebelum jendela perpindahan ditutup, Ronaldo diuar-uarkan akan kembali ke Liga Perdana dan akan bergabung dengan Manchester City. Namun, United enggan membenarkan salah satu pemain terhebat mereka menyertai saingan seteru jiran mereka dan segera melangkah masuk dalam persaingan, dan persetujuan dengan Juventus akhirnya diselesaikan dalam tempoh kurang dari 12 jam.

Ronaldo, yang beraksi mengagumkan dalam debut kedua United menentang Newcastle United di Old Trafford pada Sabtu, secara signifikan meningkatkan prospek gelaran Liga Perdana Inggeris, dengan bintang Portugal itu dianggap sebagai peledak utama semasa Ole Gunnar Solskjaer .

Namun, bagi ketua pengendali Liverpool, Jurgen Klopp, kepulangan Ronaldo ke United tidak membuatkannya terlalu gembira, dan tidak menafikan untuk mengakui bahawa beliau “terkejut” dengan tindaka  Ronaldo meninggalkan Juventus.

Klopp memberitahu Sky Sports: “Adakah saya gembira apabila beliau berada di United? Tidak, saya tidak boleh mengatakannya.”

Untitled

“Saya terkejut, bukan tentang United, bukan tentang beliau menyertai United, tetapi ketika terkejut apabila saya pertama kali mendengar desas-desus mengenai beliau mahu meninggalkan Juventus. Saya tidak tahu mengenai perkara itu. Saya tidak berada di lingkaran Juventus ketika orang memberitahu saya dari masa ke semasa mengenai apa yang berlaku di sana, jadi saya terkejut dengan perkara itu.”Dia akan pergi ke City dan saya fikir ‘oh, itu boleh menyenangkan United’ dan kemudian, jelas, United melangkah masuk dan melakukannya.

“Semuanya baik-baik saja. Ini dunia bebas dan mereka dapat melakukan apa yang mereka mahukan.”

- Advertisement -