Klausa pelepasan Haaland mungkin lebih mahal daripada yang dijangka

0

Pada musim panas 2022, banyak kelab bersedia untuk mendapatkan penyerang prolifik Borrusia Dortmund, Erling Haaland. Manchester United antara nama besar yang bersedia mengeluarkan dana untuk mendapatkan pemain ini. Klausa pelepasan Haaland dijangka bernilai 63.8 juta Pound.

Ada laporan dari media Jerman, Sport melaporkan klausa ini berkemungkinan bernilai lebih dari harga semasa iaitu 76.6 juta Pound. Ia adalah peningkatan sebanyak 13 juta Pound. Walaupun harganya lebih tinggi, dengan prestasi semasa Haaland, harga tersebut tidak menjadi masalah kepada United.

Haaland dijangka akan menjadi pemain penyerang yang digeruni dalam tempoh 10 tahun akan datang. Ketika ini pun dia telah menyumbat banyak gol untuk Borrusia Dortmund. Harry Kane pula yang ketika ini berumur 28 tahun dikatakan mempunyai nilai sebanyak 150 juta Pound. Penyerang baru Chelsea dan juga bekas penyerang United, Romelu Lukaku bernilai 97.8 juta Pound.

Haaland yang baru berumur 21 tahun telah menunjukkan prestasi yang begitu cemerlang. Hubungan baiknya dengan Ole Gunnar Solskjaer ketika di Molde akan menjadi faktor penting untuknya ke Old Trafford. Hubungan baik United dan Borrusia Dortmund selepas pembelian Jadon Sancho juga antara faktor penting. Persahabatan Jadon Sancho dan Erling Haaland juga akan menyebabkan pemain itu dijangka akan bermain di Old Trafford.

Ketika ini, penyerang utama United, Edinson Cavani telah menyambung kontraknya selama setahun lagi. Sudah tiba masanya, United memilih penyerang yang terbaik untuk jangka masa panjang dan calon yang sesuai ialah Haaland.

Walaupun harga yang ditawarkan lebih tinggi dari jangkaan, United bersedia melaburkan Wang tunai untuk pemain ini. United juga perlu berurusan dengan ejennya, Mino Raiola yang bakal memberikan sedikit kerenah birokrasi.

Jadon Sancho – Mengapa United Memerlukannya?

Jadon Sancho begitu cemerlang pada musim lepas. Sancho telah menjaringkan 16 gol dan 19 ‘assist’ walaupun bermula dengan agak perlahan pada awal musim. Sancho Boleh Bermain Di Sayap Kanan Atau Kiri. Kebolehan Sancho beraksi secara dominant di sayap kanan memberikan banyak peluang kepadanya mencipta ‘assist’. Dia juga boleh beraksi di sayap Kiri sekiranya dikehendaki jurulatih.

Sancho menjadi pemain termuda menjaringkan lebih 15 gol. Dia mencipta rekod ketika masih di musim pertama bersama Dortmund. Dia telah memecahkan rekod yang dipegang sejak tahun 1967. Dia telah menjaringkan lebih 50 gol dan 50 ‘assist’ untuk Dortmund. Sancho sentiasa mencipta peluang menyerang untuk rakan sepasukan. Sancho berjaya menghasilkan 82 kualiti hantaran dalam kotak penalti melebihi pemain lain di Bundesliga pada musim lepas. Dia juga berjaya melakukan 81 ‘dribble’ ke dalam kotak penalti.

Perkembangan prestasi Sancho semakin lama semakin baik. Sancho telah menjaringkan 14 dari 17 gol pada separuh masa kedua perlawanan selain mencipta 12 ‘assist’. Kini Sancho seorang pemenang dalam kariernya. Pada perlawanan akhir menentang RB Leipzig musim lepas, Sancho telah menjaringkan 2 gol dan mencipta 1 ‘assist’ dalam perlawanan tersebut. Kemenangan ini begitu bermakna buat Sancho.

- Advertisement -