Kisah di sebalik perlawanan persahabatan United menentang Burnley

0

Manchester United telah mengadakan perlawanan persahabatan menentang Burnley di Old Trafford semalam. United kehilangan 1 perlawanan persahabatan pada pra-musim baru ini disebabkan ada dikalangan pemain kedua-dua pasukan positif semasa ujian covid dilakukan.

Oleh yang demikian, kebanyakan pemain utama United masih belum melengkapkan persediaan ketika pra musim tersebut. Dengan jarak 7 hari untuk perlawanan seterusnya, United telah mengaturkan 1 perlawanan persahabatan untuk pemain-pemain mereka.

United telah mencatatkan kemenangan 3-1 di Old Trafford dalam perlawanan persahabatan tersebut. Burnley telah menjaringkan gol menerusi Aaron Lennon. Anthony Martial dan Jesse Lingard telahmenjaringkan 2 gol pertama United sebelum Fred melengkapkan kemenangan 3-1.

Jadon Sancho telah berada dalam kesebelasan utama pada perlawanan tersebut selepas masuk sebagai pemain gantian pada perlawanan pertama United sebelum ini. Kelibat Raphael Varane tidak kelihatan dalam perlawanan semalam.

Fred dan Victor Lindelof dimasukkan pada separuh masa kedua, manakala pemain-pemain lain dimasukkan untuk baki 30 minit perlawanan sebelum tamat. Phil Jones telah buat penampilan pertama sejak Januari 2020.

Solskjaer berkata,’Saya gembira dengan perkembangan Jones dalam sesi latihan. Kami perlu pantau perkembangan latihannya bagi memastikan dia kembali mendapat kecergasan di tahap terbaik. Dia sangat positif dan bekerja keras semasa sesi latihan. Namun kami tidak akan tergesa-gesa untuk memaksa dia bermain dalam banyak perlawanan. Dia perlu bermain dengan pasukan simpanan dan pasukan bawah 23 tahun untuk permulaan ini.’

‘Dia telah bermain untuk pasukan bawah 23 tahun pada sebelum ini, dan hasilnya amat baik.’

United telah merancang dengan baik keadaan pemulihan Jones pada ketika ini. United mahu memastikan dia berada dalam tahap kecergasan yang terbaik sebelum kembali bermain dalam saingan liga. Segala perancangan ini perlu diikuti supaya tindak balas fizikal badannya dapat menerima dengan baik.

Dengan ini, United boleh memberi peluang untuk dia dipinjamkan sebelum jendela perpindahan ditutup. Dia perlukan minit permainan pada musim ini bagi menghidupkan kariernya semula. Dengan kehadiran Varane, peluang untuk dia bermain bersama dalam pasukan utama adalah tipis pada ketika ini.

- Advertisement -