Kisah CR7 bakal membangkitkan semangat Rashford dan Sancho

0

Kedua-dua pemain berbakat Manchester United, Marcus Rashford dan Jadon Sancho mengalami pengalaman yang agak pahit selepas berakhirnya Euro 2020. Kedua-duanya tidak dapat mengambil sepakan penalti dengan sempurna.

Rashford, 23 dan Sancho, 21 msih muda lagi untuk berjuang dalam dunia bola sepak. Mereka perlu melihat bekas bintang United, Cristiano Ronaldo sebagai contoh.

Pada edisi Euro 2004, Ronaldo telah mengalami kekecewaan pada perlawanan akhir yang menyaksikan pasukan yang dianggap ‘underdog’, Greece telah memenangi kejuaraan Euro 2004 selepas mengalahkan Portugal di tempat sendiri.

Pada awal kejuaraan tersebut, Portugal disebut-sebut bakal menjuarai Euro 2004 kerana lambakan pemain bintang ketika itu seperti Luis Figo, Deco dan Cristiano Ronaldo. Para pemain Portugal gagal menyudahkan peluang terhidang termasuklah Ronaldo yang ketika itu dianggap bintang muda dalam pembikinan kerana baru sahaja menjadi idola pemain muda di bawah pengurusan Sir Alex Ferguson di United.

Selepas sahaja kembali dari pengalaman pahit itu, Ronaldo tidak menganggap Portugal mengalami kegagalan. Dia berkata kepada Goal.com, “Saya perlu maju ke harapan dan memandang ke depan. Banyak lagi peluang untuk menang di Eropah kerana karier saya masih panjang dan boleh melupakan kepahitan ini.”

Ronaldo telah menunaikan janjinya. 12 tahun kemudian, Portugal telah memenangi Euro 2016 di Perancis selepas menewaskan tuan rumah tersebut pada perlawanan akhir yang berkesudan 1-0 hasil jaringan Eder, pemain bukan bintang dalam skuad Portugal.

Sebagai seorang pemain bola sepak professional juga, Ronaldo telah melakar nama sebagi pemain terbanyak menjaringkan gol dalam peringkat antarabangsa bersama-sama lagenda Iran, Ali Daie dengan 109 gol dan Ronaldo masih belum bersara lagi. Dia juga telah memenangi 5 trofi Balloon d’Or dan 5 pingat juara Liga Juara-Juara Eropah.

Kedua-dua Rashford dan Sancho perlu menjadikan Ronaldo sebagai idola terbaik dalam melupakan pengalaman pahit yang mereka hadapi sebelum ini.

Kejayaan yang digapai Ronaldo sejak 2004 telah menunjukkan betapa Ronaldo telah berusaha keras sejak merasa pengalaman pahit pada akhir Euro 2004.

Kegagalan perlu dilupakan untuk mendapatkan kejayaan di masa depan. Rashford dan Sancho adalah bakat muda yang hebat dan kedua-duanya mempunyai personaliti kuat dan boleh mencapai kejayaan.

Di Manchester United, Ronaldo telah mencapai banyak kejayaan seperti kejuaraan Liga Perdana Inggeris 3 tahun berturut-turut dari 2007 sehingga 2009 dan kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah pada 2008.

Sancho dan Rashford mempunyai masa depan yang besar di Manchester United. Mereka perlu percaya kepada diri sendiri dan berusaha bersungguh-sungguh serta membuktikan kemampuan mereka untuk mencapai kegemilangan di Old Trafford dan skuad kebangsaan England.

- Advertisement -