Kisah C.Ronaldo ketika menjaringkan 42 gol musim 07/08

0

Kepulangan C.Ronaldo ke United mengimbau semula kenangan kehadirannya bersama United pada masa lepas. C.Ronaldo mendapat anugerah pemain terbaik dunia Ballon d’or pada tahun 2008.

Beliau memenangi anugerah tersebut selepas mempamerkan aksi yang luar biasa pada musim 07/08. Musim tersebut United telah memenangi gelaran kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Piala Juara-Juara Eropah. Mari sama-sama kita mengimbau kenangan musim terbaik beliau ketika menyarung jersi merah United.

C.Ronaldo telah menjaringkan 42 gol dalam 49 penampilan dalam semua perlawanan United sertai. Beliau telah memenangi anugerah Penjaring Terbanyak Liga dengan 31 gol sekaligus melayakkannya memenangi anugerah ‘PFA Player of the Year’

C.Ronaldo pecah rekod dengan 283 mata dalam Fantasi Premier League.

C.Ronaldo merupakan peledak utama pasukan United pada ketika itu yang membawa kepada kejayaan berganda United. Namun kelibat beliau tidak kesorangan kerana telah dibantu oleh Wayne Rooney dan Carlos Tevez. Gandingan 3 serangkai ini amat digeruni oleh pihak lawan pada ketika itu.

Jaringan hatrik daripada C.Ronaldo

Pemain kebangsaan Portugal ini telah menjaringkan 10 gol dalam 7 perlawanan ketika ‘Boxing Day’ sehingga akhir bulan Januari.

Perkara yang paling kita akan ingat adalah jaringan gol menerusi sepakan percuma C.Ronaldo yang cukup luar biasa ketika menentang Portsmouth serta gol pendahuluan ketika menentang Chelsea pada perlawanan akhir Piala Juara-Juara Eropah.

Sepakan percuma dari C.Ronaldo

Gol tandukan menerusi C.Ronaldo

Namun kejayaan musim tersebut sebenarnya bermula dengan permulaan yang perlahan pada musim tersebut. United seri 2 perlawanan pertama dan C.Ronaldo juga menerima kad merah pada perlawanan ke-2 itu ketika menentang Portsmouth. Selepas perlawanan tersebut, Sir Alex Ferguson telah menyeru pengadil supaya memberikan perhatian yang lebih kepada asakan yang diterima oleh C.Ronaldo.

Sir Alex Ferguson telah mengakui C.Ronaldo merupakan pemain yang cukup lengkap selepas menjaringkan 2 gol ketika menang 2-1 menentang Everton bulan Disember 2007.

Pengurus Bolton pada ketika itu, Gary Megson memuji C.Ronaldo sebagai seorang pemain yang genius selepas menjaringkan 2 gol dan 1 menerusi sepakan percuma yang cantik.

Sebulan selepas itu, bekas pemain lagenda Belanda, Johan Cruyff telah memberitahu yang C.Ronaldo merupakan pemain yang lebih bagus daripada lagenda sedia ada United iaitu, George Best dan Dennis Law.

Pihak media dan pengulas bersetuju yang perkembangan semasa C.Ronaldo telah berada di tahap yang tertinggi dan berbeza daripada sebelum itu.

Namun selepas penghijrahan C.Ronaldo ke Real Madrid pada 2008, tiada seorang pemain United yang dapat menyamai prestasi beliau. Terima kasih Sir Alex Ferguson di atas pembelian yang cukup berbaloi ini.

- Advertisement -