Kieran Trippier Mahu Pulang ke England

0

Euro 2020 telah berakhir dan mengembalikan khabar angin bahawa Kieran Trippier mahu ke Manchester United.

Menurut laporan The Guardian pada pertengahan Jun yang lalu, Manchester United sudah berganjak dari membeli Kieran Trippier kerana harganya yang terlalu tinggi.

Kini, Trippier dikhabarkan mahu memberitahu Atletico Madrid yang dia mahu pulang ke England. Selepas masalah harga yang tiada penyelesaian, Trippier ingin menyelesaikan masalah itu dengan sendirinya.

Laporan The Telegram menyatakan Trippier begitu terdesak untuk ke England dan United adalah kelab yang diimpikannya walaupun ada kelab lain yang menyatakan hasrat untuk mendapatkan khidmatnya.

Trippier begitu gembira setelah bekerjasama dengan Harry Maguire dan Luke Shaw ketika dalam skuad England mahukan perpindahan ini disegerakan.

Para peminat United begitu teruja setelah melihat hantarannya yang cantik kepada Luke Shaw yang menghasilkan gol tunggal England dalam perlawanan akhir menentang Itali.

Kedudukan Kewangan

Laporan dari Sky Sports menyatakan Atletico Madrid mahukan sejumlah 43 juta Pound untuk Trippier. United merasakan harga itu terlalu tinggi.

The Telegraph pula melaporkan Atletico Madrid mahukan 30 juta Pound tetapi United mahukan lebih murah dari itu.

United juga dilihat perlu menjual beberapa pemain untuk mendapatkan dana. Jesse Lingard disebut-sebut menjadi pemain yang akan dijual sekiranya United mahukan khidmat Trippier.

Trippier juga hanya mempunyai kontrak setahun sahaja lagi bersama Athletico Madrid dan boleh menyambung kontraknya setahun lagi bersama kelab juara La Liga musim lepas itu.

- Advertisement -