Kieran Trippier kembali berlatih bersama kelabnya

0

Kieran Trippier merupakan pemain yang diburu oleh United pada awal musim ini.

United perlu mendapatkan dana tambahan terlebih dahulu sebelum mendapatkan Trippier. Ada laporan memberitahu Trippier berharap dapat berhijrah ke United secepat mungkin.

Perpindahan ini masih boleh berlaku dalam jendela perpindahan yang masih terbuka ini atau hujung-hujung. United tidak perlu tergesa-gesa dalam usaha tersebut.

Trippier telah turun menjalani latihan bersama rakan sepasukannya di Atletico Madrid.

Walaupun die mahu kembali ke UK, namun dia tidak akan mengikut jerak bekas rakan sepasukannya Harry Kane yang bertegas mahu berpindah dari Spurs.

Kehadiran Trippier bergantung kepada keadaan United. United perlu menentukan keadaan 2 pemain pertahanan mereka Diogo Dalot dan Brendon Williams, sama ada mereka akan pinjamkan atau terus kekal di United.

Kehadiran Trippier yang boleh bermain di pertahanan kiri dan kanan memberi pengalaman yang lebih kepada pasukan United. Kehadirannya pasti tidak akan menghalang untuk Wan-Bissaka berada dalam kesebelasan utama United.

Atletico Madrid dijangka akan mempunyai 2 perlawanan persahabatan sebelum memulakan saingan La Liga pada 15 Ogos ini. Trippier pasti akan berada dalam keadaan kecergasan yang baik jika United masih lagi ingin mendapatkan khidmatnya ketika musim telah bermula.

- Advertisement -