Buletin Manchester United

Kieran-Trippier-dan-Max-Aarons

Kieran Trippier dan Max Aarons

Manchester United masih lagi memburu pertahanan kanan baru bagi memberikan sedikit pilihan serta saingan kepada Wan Bissaka. Kieran Trippier dan Max Aarons merupakan nama yang disebut-sebut menjadi pilihan bagi Ole Gunnar Solskjaer. Kieren Trippier telah berusia 30 tahun kini bermain untuk Atletico Madrid manakala Max Aarons berusia 21 bermain untuk Norwich City.

Pengurus Manchester United mahukan saingan diberikan kepada pilihan utama dan merupakan satu-satu pertahanan kanan yang Unite ada ketika ini. Dilaporkan, AC Milan berminat untuk menandatangani pemain pinjaman mereka Diogo Dalot secara tetap pada penghujung musim ini. Seharusnya United perlu mencari seseorang sebagai ‘backup’ bagi posisi berkenaan. Sejak Diogo Dalot dipinjamkan, dan Brandan William semakin suram dari kesebelasan utama United, Bissaka menjadi pemain utama di posisi pertahanan kanan tetap United. Alex Tuanzebe di antara pemain yang pernah bermain di posisi tersebut jika Bissaka direhatkan atau mengalamai kecederaan.

Oleh yang demikian, Trippier dan Aarons berada di dalam rada United pada waktu ini. Jika United ingin pemain yang berpengalaman, bekas pemain Spurs, Trippier adalah orang yang paling layak. Dia merupakan nadi untuk Spurs dan Atletico Madrid dalam kejohanan Piala Juara-Juara Eropah sebelum ini. Trippier mempunyai kualiti yang bagus ketika membantu melancarkan serangan dan pemain ‘full back’ semula jadi yang boleh memberikan pilihan yang baik kepada Solskjaer.  Trippier telah membuat 14 penampilan pada musim ini dengan melakukan 28 bentesan, 726 hantaran dan 12 kesalahan.

Jika United inginkan pemain muda untuk jangka masa panjang, Aarons adalah pemain tersebut. Aarons yang bermain untuk Norwich kini bermain dalam Liga Championship pada musim ini. Aarons merupakan seorang pemain yang suka bermain secara ‘direct’ pasti akan memberikan saingan kepada Bissaka. Pemain muda ini merupakan di antara pemain muda yang mendapat tumpuan daripada kelab di liga perdana. Dia telah membuar 110 penampilan bersama pasukan senior pada usia 21 tahun. Norwich City kini berada di kedudukan teratas liga. Pengurus, Daniel Farke pasti keberatan untuk melepaskan pemain muda ini.