Khabib:”Sebulan yang lalu CR7 memberitahu dia akan kembali ke United”

0

BA439E31-B3B8-454E-AB1C-782785DC4C6EP

Perpindahan Cristiano Ronaldo ke Manchester United merupakan satu kejutan besar pada pasaran perpindahan kali ini tetapi hakikatnya tidak pada bekas atlit UFC Khabib Nurmagomedov yang juga merupakan kawan baik kepada Ronaldo.

Khabib mengaku telah mengetahui terlebih dahulu mengenai berita perpindahan Ronaldo ke Manchester United.

“Sebulan yang lalu, dia [Ronaldo] memberitahu saya dia akan pergi ke Manchester United,” kata Khabib kepada RT.

“Saya mengesyaki perjanjian itu akan dicapai.Saya rasa Manchester United lebih sesuai untuknya daripada Juventus.Bagi saya, perpindahan ini tidak mengejutkan. Fakta ini menarik, memandangkan Ronaldo dikaitkan dengan Manchester City.

Diduga bahawa khabar angin Ronaldo kepada Manchester City adalah permainan ejen, Jorge Mendez.Gosip ini sengaja dimeriahkan sehingga United merasa panas dan berusaha merekrut Ronaldo.

Strategi ini telah terbukti berjaya.Ronaldo kembali ke United dan akan menjadi salah satu bintang top mereka musim ini.

Sumber: RT, Give Me Sport

- Advertisement -