Berita Terkini

Ketua Pegawai Eksekutif Manchester United Richard Arnold bertemu dengan sekumpulan penyokong

Ketua Pegawai Eksekutif Manchester United Richard Arnold Bertemu Dengan Sekumpulan Penyokong

Ketua Pegawai Eksekutif Manchester United Richard Arnold bertemu dengan sekumpulan penyokong di sebuah pub semalam bagi menghalang bantahan terhadap pemilikan kelab Glazer daripada berlaku di luar rumahnya.

Sekumpulan kecil penyokong United telah merancang untuk mengadakan bantahan ‘aman dan dibenarkan’ berhampiran pintu pagar masuk kediaman Arnold di Cheshire pada petang Sabtu, dengan penganjur menyediakan beberapa sepanduk menuntut Glazers dan Arnold meninggalkan kelab itu. Walau bagaimanapun, rancangan ditukar kepada pertemuan di sebuah pub berhampiran rumah Arnold sebelum bantahan dimulakan.

Setelah menerima maklumat, Arnold tidak disangka-sangka muncul di pub untuk bertemu kumpulan itu secara peribadi, mengadakan perbincangan panjang lebar dan menjelaskan tentang beberapa isu berkaitan kelab, termasuk kebocoran maklumat di bilik persalinan serta dana perpindahan United untuk jendela perpindaan musim panas.

“Apabila kesemua yang hadir hampir memenuhi pub itu, mereka bersuara kepada Arnold sambil mengatakan bahawa Glazers telah menghancurkan segalanya sejak 17 tahun yang lalu,” salah seorang daripada kumpulan bantahan yang bercakap secara terus dengan Arnold telah memaklumkan kepada FootballJOE.

“Kami bukan ingin jadikan dia [Arnold] sebagai wira, tetapi kami kagum dengan cara dia datang berjumpa kami dan menjelaskan kesemua perkara yang diutarakan.”

“Pada asalnya dia memohon untuk tidak dibabitkan dengan masalah-masalah yang lepas kerana beliau baru sahaja memulakan peranannya di United. Di samping itu, beliau turut mengatakan bahawa tiada satu pun daripada masalah yang berlaku sejak 17 tahun yang lalu berpunca daripada kesilapannya.”

Arnold telah dinamakan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif United pada Januari 2022 setelah memegang jawatan Pengarah Urusan Kumpulan sebelum ini. Beliau menggantikan Ed Woodward yang melepaskan jawatannya sebagai Naib Pengerusi Eksekutif kelab pada 1 Februari.

287291357_561204332192572_8445953811709927250_n

Mereka yang merancang bantahan semalam berbuat demikian kerana mendokong seruan yang disuarakan oleh The 1958, sebuah kumpulan yang baru ditubuhkan dan telah menganjurkan satu siri bantahan terhadap pemilikan keluarga Glazer bahkan menggalakkan penyokong untuk menyasarkan penaja utama dan pihak berkepentingan United dalam usaha untuk memaksa mereka menjual kelab itu.
Sumber itu menyambung: “Perkara yang Arnold terus katakan ialah tentang serangan ke atas penaja dan pelabur sedikit sebanyak telah merosakkan kelab. Jadi, apa yang The 1958 lakukan selama ini mendatangkan kesan.”

“Beliau berkata ‘Jika kamu sayangkan United, kamu sebenarnya tidak membantu United.’ Saya menyoal kembali apa yang dia mahu kami lakukan dan dia hanya mengangkat bahu.”
“Kami cuba membuatkan kelab kacau bilau supaya tajaan dihentikan dan mereka akhirnya terpaksa menjual kelab.”

Arnold dikatakan memahami dan mendengar keluhan peminat. Dia juga mengakui bahawa bantahan terhadap pemilik United akan terus berlaku di Old Trafford.

“Dia memberitahu kami bantahan boleh diteruskan tetapi kami tidak boleh membawa suar masuk ke dalam Terowong Munich atau di padang,” tambah ahli kumpulan itu.

“Arnold juga berkata teruskan membantah dan beliau sama sekali tidak tidak mendesak agar bantahan itu dihentikan, walaupun banyak pihak telah memohon agar ianya diharamkan.”

Manchester United merekodkan musim terburuk mereka dalam era Liga Perdana musim lalu, dengan penyokong tidak berpuas hati terhadap banyak maklumat di bilik persalinan yang dibocorkan kepada media. Bersangkutan perkara itu, Arnold dikatakan telah memberitahu kumpulan itu bahawa “2 individu yang menjadi sumber kebocoran maklumat kini telah meninggalkan kelab.”

Selain itu, United masih belum menandatangani pemain baru dalam skuad mereka pada musim panas ini sejak Erik Ten Hag disahkan sebagai pengurus United pada April lalu. Ada juga yang menyatakan kebimbangan mereka tentang tiada kemasukan pemain, namun Arnold berkata Pengarah Bola Sepak, John Murtough sedang bekerja keras untuk memuktamadkan perjanjian dengan Barcelona bagi mendapatkan Frenkie de Jong.

“Arnold berkata Murtough bekerja dari jam 6 pagi hingga 10 malam untuk menyelesaikan perjanjian De Jong. Peruntukan £200 juta telah diberikan untuk perpindahan pemain. Beliau tidak akan membiarkan pemain-pemain sasaran terlepas ke tangan kelab lain.”

“Ketua Pegawai Eksekutif United itu jujur dalam penjelasannya kepada kami dan ianya membantu meredakan situasi semalam. Terdapat kira-kira 20 daripada kami di sana dan memberitahu dia apa yang kami rasakan.”

Selepas pertemuan itu, bantahan yang dirancang di luar rumah Arnold tidak diteruskan.

Lain-Lain Artikel

Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Buletin Manchester United
Buletin Manchester United

Buletin Manchester United

244

Page rasmi untuk Kelab Peminat Buletin Manchester United (BMU) dan page bahasa Malaysia no 1

| BMU - Informasi Semasa |

Kenyataan kelab: Luke Shaw telah mengalami kecederaan otot dan akan diketepikan untuk tempoh yang panjang. Pemeriksaan lanjutan masih diperlukan untuk menentukan tahap sebenar kecederaan itu, tetapi kami menjangkakan beliau akan diketepikan selama beberapa bulan. #MUFC

💔

#BMU02 #BMU #GGMU

| BMU - Informasi Semasa |

Kenyataan kelab: "Luke Shaw telah mengalami kecederaan otot dan akan diketepikan untuk tempoh yang panjang. Pemeriksaan lanjutan masih diperlukan untuk menentukan tahap sebenar kecederaan itu, tetapi kami menjangkakan beliau akan diketepikan selama beberapa bulan." #MUFC

💔

#BMU02 #BMU #GGMU
... See MoreSee Less

10 hours ago

65 CommentsComment on Facebook

smga Luke Shaw cpt sembuh sepenuhnya&sgla urusan sentiasa dipermudahkan&dilindungi ALLAH S.W.T ... Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

Ambik Nuno mendes jela muda dan bagus

Tampal saja guna daun tembaga suasa 😁

Admin..kenyataan lengkap SJR bila nak share..?

Fauzan Othman jem

Jual kat arab

Yang mana kaca tu boleh dah dibersihkan

Jual la bah ni , ckup lama sudah

Dah leh cari next lb baru dah

Tisuu

Antara LB terbaik yang MU & England pernah ada, tapi kaca la pula. So nak tak nak, musim baru nanti Shaw bukan lagi first choice LB. Harap scout MU boleh try usha pemain LB Bayer Leverkusen, Alejandro Grimaldo. Ada potensi tu.

Aku rasa jadi mcm Phil Jones ni karang. Hamstring injury bila berulang mmg susah nk kembali ke prestasi asal

Jual je shaw ni. Kaki dia pernah luka parah. Mmg susah nak recover lg. better asah bakat anthony atau martial jadi left back. Mana tahu martial boleh tackle macam asnawi

Dah masanya cri new LB ubi muda..lindlof buat saport boleh la..first E serammm oo

Masa ada Sergio reguilon, tak nak sambung .. kan dah rugi

Kesian squad MU. Tak pernah nak ada lama complete first 11 players. Pening jd ETH.

Masalah pada pasukan perubatan kelab. Pemain dapat kecederaan berulang. Kena pada pemain utama. Amat rugi sebenarnya🤦‍♂️

ahh sudahh

Semakin ramai la player kaca dla. Squad 🤧

Grimaldo alphonso in

kesian shaw... tgk2 game sebelum ini... midfield dan forward laa flop yg byk buat silap , xpasal kene counter, shaw yg ambik risiko kejar dan bentes

Harry Amass in

Kesilapan pulang kan regulion awal membawa padah.*msti ada yg ckp regulion lebih kurang jgk nnt*.pggl bdk2 loan tu la blik

Injury prone dia ni sejak patah kaki dulu

Azwan Shah adakah kita akan port gua lagi 🥺

Load More

| BMU - Informasi Semasa |

Menurut beberapa laporan semasa, Manchester United kini dalam keadaan ‘panik’ selepas Luke Shaw dijangka bakal terlepas keseluruhan baki musim ini selepas mengalami kecederaan kaki berulang (Chris Wheeler & Jack Gaughan, Daily Mail)

United kini terpaksa membuat beberapa opsyen lain bagi menangani masalah ini termasuk masih menggunakan Victor Lindelof di posisi bek kiri atau memanggil pemain muda seperti Sam Murray atau Harry Amas.

Walau bagaimanapun pengesahan rasmi tentang status kecederaan Shaw akan dikemaskini dari masa ke semasa.

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC

| BMU - Informasi Semasa |

Menurut beberapa laporan semasa, Manchester United kini dalam keadaan ‘panik’ selepas Luke Shaw dijangka bakal terlepas keseluruhan baki musim ini selepas mengalami kecederaan kaki berulang (Chris Wheeler & Jack Gaughan, Daily Mail)

United kini terpaksa membuat beberapa opsyen lain bagi menangani masalah ini termasuk masih menggunakan Victor Lindelof di posisi bek kiri atau memanggil pemain muda seperti Sam Murray atau Harry Amas.

Walau bagaimanapun pengesahan rasmi tentang status kecederaan Shaw akan dikemaskini dari masa ke semasa.

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC
... See MoreSee Less

20 hours ago

188 CommentsComment on Facebook

Terdapat opsyen lain yg dicadangkan media termasuk meletakkan Amrabat di posisi bek kiri

Bagi peluang harry amas

Main 1 musim 38 games domestic belom trmasuk FA , carabao dll games... Yg rajin injured hanya mampu bermain separuh atau suku games sahaja, baki games yg lain rehat panjang, jaga kaki.... Sign contract baru...... Yg boleh pakai, simpan. Yg 50/50 baik jual...

Kasi try Harry Amas lah... Mana taw...haha

Terlalu awal melepaskan Reguilion

Haritu ada Regulon pi pulangkan

Panggil balik je player lb yang loan tu..

Mctom boleh convert tu jadi bek kiri...main dgn wales mana2 dia ada. Main right back boleh score lagi...

Peluang harry amas..

Blh try Antony di posisi LB

Gong sgt g break contract Reguilon

Bgi ja lah player muda main. Aku x hrap langsung dkt Lindelof.. dh brpa musim dgn m.u biasa2 ja level defend liga mongolia 😑

Kaca betul shaw sekarang hahaha

Pilihan terbaik adalah meletakkan bek kiri tulen atau terpaksa kekalkan lindelof. Amrabat bukan pilihan yang tepat bermain posisi bek kiri sedangkan posisi asal dia pun dicabar oleh mainoo dan casemiro.

Harry amass la mantap

harry amas tu boleh slow²

panggil loan player balik..

Come on ETH, bring the kid. harry amass

Pening palen gini mattt 🤦🤦🤦

Elok la ambik pulak doktor sengal 🤣🤣🤣

Harry Amas tu mantap. Skill

Pemain muda kene step up lar.. apa guna academy man utd tu

Come on ten hag, ini masa utk buktikan anda percaya kpd pemain muda seperti anda percaya kpd garnacho & mainoo

huhuhu

Bagi peluang Harry Amas main

Load More