Ketiadaan Rashford dan kemungkinan Sancho juga pada perlawanan Leeds. Siapa akan bermain di bahagian sayap United nanti?

0

Marcus Rashford akan menjalani pembedahan di bahagian bahunya yang menyebabkan dia akan terlepas hampir 2 bulan pertama Liga Perdana Inggeris.

Ini bermakna Rashford tidaka akan terlibat untuk perlawanan pertama United menentang Leeds dalam perlawanan pembukaan.

Oleh Gunnar Solskjaer mempunyai beberapa faktor yang ditentukan dalam pemilihan pemain bagi kesebelasan utama untuk permulaan awal musim ini. Solskjaer akan melihat sendiri keadaan kecergasan pemain tersebut disebabkan ada dikalangan pemain yang lewat menyertai sesi latihan United pada kali ini oleh sebab-sebab tertentu.

Pemilihan Jadon Sancho dalam kesebelasan utama United masih lagi diragui kerana dia masih lagi belum menyertai sesi latihan bersama pasukan United.

Laporan terbaru ada memberitahu yang dia akan menyertai United pada Jumaat ini. Oleh yang demikian, Sancho mempunyai tempoh 1 minggu sahaja untuk mendapatkan kembali kecergasaannya sebelum saingan liga bermula.

Dengan ketiadaan Rashford dan kemungkinan juga Sancho, siapakah calon sesuai untuk bermain dalam kesebelasan utama United ini?

Amad Diallo masih belum bersedia disebabkan dia baru menamatkan perjalanan pasukan Ivory Coast di Olimpik baru-baru ini di peringkat separuh akhir. Dia akan mengambil masa untuk pulang ke UK dan tempoh kuarantin pasti akan mengenepikan pemilihannya dalam perlawanan pertama United nanti.

Calon seterunya, Facundo Pellistri. Pemain Uruguay ini dijangka akan dipinjamkan sebelum jendela perpindahan musim ini berakhir. Namun, dia berjaya bermain dengan baik pada perlawanan persahabatan tempoh hari. Dia mencatatkan 1 gol dan 1 ‘assist’. Kemungkinan selagi Sancho belum cergas, Pellistri akan dikekalkan bersama dalam pasukan utama United. Ada kemungkinan permulaan pertama untuk dia dalam perlawanan Leeds nanti.

Mason Greenwood dijangka tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan posisinya di bahagian sayap kanan United nanti. Pemain harapan United ini telah bermain untuk ketiga-tiga perlawanan persahabatan United. Namun berkemungkinan dia akan bermain di posisi penyerang tengah disebabkan ketiadaan Cavani yang masih bekum menjalani latihan bersama United.

Seterusnya, Anthony Martial, pemain ini pasti dapat bermain semula diposisi kegemarannya iaitu sayap kiri. Walaupun dia kerap diturunkan sebagai penyerang tengah pada musim lepas, namun ketiadaan Rashford pasti memberi ruang kepadanya untuk bermain diposisi tersebut.

Selain itu, seorang pemain muda yang tidak boleh kita lupakan iala Anthony Elanga. Dia merupakan salah seorang pemain muda yang meneyrlang dalam perlawanan pra-musim kali ini. Elanga pasti akan menjadi calon di dalam senarai pemain gantian Solskjaer dalam perlawanan pertama nanti. Dia pasti akan terus kekal dalam pasukan utama Unitedpada musim ini.

Akhir sekali, Daniel James. Dia sebelum ini menjadi watak utama ketika United menewaskan Leeds 6-2 di Old Trafford pada musim lepas. Dia berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut. Namun prestasi tidak menentu James membuatkan Solskjaer berfikir 2 kali sama ada dia layak berada dalam kesebelasan utama atau tidak. Kegagalan membuat keputusan yang baik di kawasan penalti pasukan lawan antara faktor mengapa dia kurang mendapat tempat dalam kesebelasan utama United.

- Advertisement -