Ketiadaan Ndidi nanti pasti memberi perkhabaran gembira buat Bruno

0

Bruno Fernandes boleh bergerak bebas dalam pertemuan menentang Liecester City kerana pemain yang kerap membayangi pergerakan Bruno pada setiap kali pertemuan 2 pasukan ini tidak akan bermain. Wilfred Ndidi tidak akan dapat memberikan layanan istimewa kepada Bruno kerana dia mengalami kecederaan hamstring pada bulan lepas.

Ndidi masih lagi belum cergas sepenuhnya. Namun jika pemain no 1 di bahagian pertahanan tengah Leicester ini cergas sepenuhnya dikala pertemuan dengan United nanti, maka Ndidi akan menjadi watak utama dalam usaha membantutkan pergerakan dan hantaran yang akan dilakukan oleh Bruno.

Ini bermakna, beberapa muka baru dan pemain muda bakal mengisi kekosongan tersebut jika Ndidi tidak dapat diturunkan seperti Hamza Choudhury atau Boubakary Soumare yang akan bergandingan dengan Youri Tieleman di bahagian tengah.

Dengan Solskjaer sudah pasti kehilangan tonggak utamanya Fred di bahagian tengah. Pogba dijangka akan mengisi kekosongan tersebut. Ini bermakna peluang untuk Jadon Sancho untuk bermain kesebelasan utama United di Liga Perdana Inggeris akan berlaku sejak kehadiran CR7.

Namun fokus utama pasti diberikan kepada Bruno yang akan mencipta peluang kepada rakan sepasukan untuk menghasilkan gol. Jika Ndidi ada, dia kerap dikawal ketat oleh Ndidi. Bruno akan mengalami kesukaran dalam mendapatkan ruang dan membuat hantaran. Namun jika sebaliknya, Bruno telah berjaya mencipta 2 gol serta 1 ‘asisst’ dalam pertemuan menentang Leicester sebelum ini pasti akan memberi perkhabaran baik di bahagian serangan dalam usaha menjaringkan gol.

- Advertisement -