Ketiadaan Cavani masih lagi menjadi tanda tanya? Martial untuk perlawanan Sabtu ini? United tidak mempunyai pilihan lain

0

Edinson Cavani masih lagi belum menyertai sesi latihan United pada waktu ini. Ada kemungkinan peminat United harus menunggu lebih lama sebelum kepulangan Cavani ke United.

Ada perkhabaran berita memaklumkan yang dia hanya akan pulang ke United pada hujung minggu ini. Dia mungkin akan terlepas untuk aksi perlawanan pertama United menentang Leeds pada Sabtu ini.

Ini sekali gus telah memberikan reaksi yang negatif di atas kelewatan Cavani pulang pada waktu disebabkan musim baru akan bermula pada hari Sabtu ini. Masa semakin suntuk.

Ada juga dikalangan peminat United yang marah dan tidak berpuas hati dengan pengurusan United dengan situasi Cavani ini. Perkara sebegini seharusnya tidak boleh berlaku.

Namun mari kita abaikan perspektif negatif tersebut. Cavani mendapat pelepasan untuk bercuti disebabkan dia telah bermain untuk Uruguay dalam kejohanan Copa Amerika. Namun perjalan pasukan mereka hanya sehingga peringkat suku akhir pada awal bulan Julai.

United telah berikan pelepasan 1 bulan kepada Cavani untuk bercuti. Ini merupakan budi bicara yang kelab berikan kepada Cavani dan tidak mahu memaksa dia pulang tergesa-gesa. United mahukan dia mendapat rehat yang secukupnya sebelum menghadapi saingan baru pada musim yang sangat penting ini.

Cavani telah mengharungi musim pertama bersama United dengan pelbagai cabaran. Ketiadaan penonton yang hadir ke stadium, situasi pendamik ‘lock down’ pada awal 2021. Perkara-perkara seperti ini akan menyebabkan keadaan Cavani terganggu.

United hamopir kehilangan Cavani yang mendapat tawaran untuk bermain di Boca Junios kerana Cavani memang berhasrat untuk pulang ke tanah airnya pada usia sebegini. Namun United berjaya memujuk Cavani untuk kekal bersama United untuk 1 tahun lagi.

Para media dan pengulas telah memuji kredibiliti Solskjaer dalam menguruskan situasi tersebut. Dia telah diberikan masa untuk bersama keluarga pada cuti musim panas ini untuk memastikan dia kembali dengan fokus yang lebih bagus.

Cavani telah berlatih untuk mengekalkan kecergasannya secara sendirian sebelum menghadapi musim baru ini. Baru-baru ini, dia telah muat naik gambar dia sedang berlatih.

Oleh yang demikian dapat kita rungkaikan, United akan memulakan saingan liga pada musim ini dengan bergantung harap kepada Martial yang hanya bermain 45 minit selepas pulih dari kecederaan buku lali. Martial tidak bermain salama 5 bulan. Ini pasti akan memberikan kerisaun kepada para peminat United.

United mempunyai seorang lagi calon iaitu Mason Greenwood. Ada kemungkinan dia akan bertukar-tukar posisi jika kedua-dua pemain ini diturunkan pada perlawanan menentang Leeds. United pasti berharap Sancho akan berada di tahap kecergasan terbaik supaya dia boleh berada di dalam kesebelasan utama United pada Sabtu ini.

- Advertisement -