Buletin Manchester United

Keserasian-Paul-Pogba-dan-Bruno-Fernandes

Keserasian Paul Pogba dan Bruno Fernandes

Paul Pogba telah membuktikan dia boleh bermain bersama Bruno Fernandes di bahagian tengah United kata Rio Ferdinand. Pemain antarabangsa Perancis berstatus bintang ini telah membantu United untuk kembali berada puncak Liga Perdana Inggeris. Tendangan padu kaki kiri Pogba berjaya melengkapkan ‘comeback‘ untuk United dengan kejayaan 2-1 menewaskan Fulham.

Selepas tamat perlawanan, Ferdinand telah mengakui bahawa perlawanan tersebut adalah persembahan terbaik Pogba. Dengan kualiti yang dipamerkannya sejak bermula tahun 2021 ini Pogba sangat luar biasa. Ferdinand mengingatkan Solskjaer untuk meneruskan gandingan Bruno dan Pogba di bahagian tengah United.

Ferdinand yang berusia 42 tahun berkata dalam BT Sport,’Saya merasakan Pogba sangat luar biasa permainannya. Dia melakukan peranan penting ketika bertahan dan menyerang. Kelainan yang dipamerkan oleh Pogba pada hari ini iala dia melakukan hantaran bola dengan pantas dan tidak memegang bola terlalu lama. Cara permainan ini sangat berkesan dengan kualiti yang dia ada.’

‘Saya tidak yakin Ole mempercayai Pogba disebabkan kepantasan yang dia ada, Ole mempercayai Pogba disebabkan dia boleh mengawal bola dan memenangi bola dengan baik sepanjang 90 minit perlawanan. Satu permainan yang luar biasa apabila ia menemui sentuhan permainannnya. Dia pasti gembira untuk bermain dan akan mempamerkan kualiti yang dia ada.’

‘Saya melihat Pogba sudah semakin matang dalam membaca permainan dan saya menjangkakan dia layak bermain bersama Bruno di bahagian tengah United. Kini anda boleh lihat kualiti Bruno dan Pogba yang sebenarnya.’

Solskjaer dalam temubualnya pula mengakui dan bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh Ferdinand. Dia memberitahu yang Pogba boleh melakukan apa saja. Pengurus United itu berkata,’Kami telah pon berkata sebelum ini, yang Pogba boleh melakukan apa-apa peranan dalam permainan kami. Dia boleh bermain sebagai pemain sayap, pemain tengah, mencipta peluang dan menjaringkan gol.’

‘Dia semakin mendapat rentak dengan permainan kami. Perkara yang paling penting adalah memastikan dia cergas 100 peratus. Hari ini dia bermain baik, dia melakukan bentesan, dia mencipta beberapa peluang, dia menjaringkan gol.’

Pogba yang menyertai United pada 2016 dengan nilai £89 juta mengakui gol yang dijaringkannya pada awal pagi tadi antara yang tercantik dia pernah lakukan. Pogba berkata,’Saya menyepak bola tersebut dengan cara yang sempurna dan tidak menjangkakan bola itu masuk ke dalam gol menerusi kaki kirinya. Ia merupakan jaringan yang dan kemenangan yang berjaya kami dapat lakukan.’

Pogba telah menjaringkan 3 gol dalam 16 penampilan bersama United dalam kempen liga perdana musim ini.

Sumber dari TheSun Football