Kesan Eric Bailly ke kejohanan Olimpik Tokyo

0

Eric Bailly telah dipanggil untuk menyertai pasukan Olimpik Ivory Coast dalam kejohanan Olimpik yang di Tokyo Jepun.

Bailly akan di sertai rakan senegaranya iaitu Amad Diallo akan ke Tokyo pada 22 Julai sehingga 7 Ogos 2021. Ketiadaan Amad di bahagian serangan tidak memberi kesan yang negatif kerana United mempunyai lambakan pemain berkualiti di bahagian serangan.

Persoalaanya adalah di bahagian pertahanan. Ketiadaan Eric Bailly akan memberikan kesan kepada pertahanan United pada tempoh berkenaan. Ia secara langsung akan memberi kesan kepada perpindahan pemain pada awal musim ini.

Harry Maguire sedang bermain bersama pasukan England pada ketika ini tidak akan bersama United sehingga 11 Julai nanti jika England mara ke peringkat akhir. Maguire juga akan diberikan pelepasan untuk berehat selepas tamat kempen Euro 2020. Ini bermaknya dia tidak akan bersama dengan pasukan United sehingga hujung bulan ini.

Manakala Victor Lindelof pula, kini sedang berehat selepas pasukan Sweden menamatkan misi Euro 2020 di peringkat suku akhir. Mereka tewas kepada Denmark. Ketiadaan Bailly pada hujung bulan ini pasti akan memaksa Lindelof pulang awal ke kem United untuk bersama-sama ketika menghadapi kempen Liga Perdana Inggeris yang dijangka bermula pada 14 Ogos nanti.

Perkara ini semua pasti akan mempercepatkan perpindahan pemain

Ketiadaan Bailly pada ketika persediaan pra-musim ini pasti membuatkan United tidak senang duduk untuk membawa masuk seorang pemain pertahanan baru. Pada ketika ini, United dalam proses untuk membawa masuk Raphael Varane.

Status Bailly pada awal musim ini menjadi keraguan disebabkan penglibatannya bersama pasukan Ivory Coast untuk Olimpik Tokyo tahun ini. Jika Ivory Coast berjaya layak ke peringkat seterusnya, dia dijangka hanya akan pulang seminggu sebelum perlawanan liga bermula. Namun ia tidak termasuk dengan faktor kecergasan, kecederaan, tempoh kuarintin dan ‘long haul flights’.

Ia akan mengharuskan United untuk melengkapkan perpindahan Varane ke United secepat mungkin.

Perkara ini pasti akan melambatkan pemain untuk pergi

Namun lain pula kisahnya bagi pemain muda United, Axel Tuanzebe. Kemungkinan dia tidak akan dipinjamkan pada tempoh ketiadaan Bailly kerana dia merupakan pemain senior tunggal yang ada bersama pasukan United.

Dia pasti akan menadi pilihan Solskjaer untuk persediaan pra-musim kali ini dengan ketiadaan Lindelof, Maguire dan Bailly. Teden Mengi telah dipinjamkan.

Yang ada bersama pasukan United ketika ini, adalah barisan pemain muda seperti Will Fish, Dishon Bernard dan kemungkinan Wan-Bissaka akan bermain sebagai pemain pertahanan tengah United pada waktu ini.

Kehadiran pemain pertahanan baru pasti akan melegakan kem United pada awal musim ini. Tuanzebe akan mendapat peluang kedua selepas mendapat kritikan teruk mengenai prestasinya pada musim lepas walaupun dianggap wira ketika United menentang PSG pada perlawanan tersebut.

- Advertisement -