Keputusan pengadil tidak berpihak kepada CR7, Ia adalah penalti

0

Manchester United berterima kasih kepada David De Gea di atas kejayaannya menyelamatkan sepakan penalti pasukan West Ham pada minit kecederaan malam tadi. Mark Noble gagal menyempurnakan sepakan tersebut sekaligus memberikan kemenangan mutlak kepada pasukan United.

Memang tidak dinafikan penalti tersebut adalah penalti disebabkan bola tersebut terkena pada tangan Luke Shaw. United juga layak menerima sepakan penalti sekurang-kurangnya 1 daripada 3 keputusan yang dipertikaikan oleh CR7. Salah satu daripada tersebut adalah ketika CR7 telah dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh Kurt Zouma dan pengadil perlawanan Martin Atkinson tidak mengambil sebarang tindakan terhadap kekasaran tersebut.

Bekas pemain United, Bastian Schweinsteiger telah menonton perlawanan semalam dan menikmati permainan menghiburkan yang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan. Bastian juga tidak bersetuju dengan keputusan pengadil perlawanan terhadap kekasaran yang menimpa CR7, dan ia merupakan satu keputusan yang tidak bernasib baik bagi CR7. ‘Itu seharusnya sepakan penalti, tidak dinafikan. CR7 telah dijatuhkan oleh Kurt Zouma.’

Pengurus pasukan United juga tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil. Solskjaer berasa sangat gembira selepas De Gea menyelamatkan sepakan penalti minit terakhir Noble sekaligus United pulang dengan 3 mata penuh. ‘Saya perlu menjaga percakapan saya kerana saya tahu anda juga merasai perkara tersebut. Ia sangat mengecewakan apabila kami menonton video semula. 2 kekarasan tersebut seharusnya adalah penalti. Namun kita tidak boleh menentang keputusan yang dibuat oleh pengadil perlawanan.’

‘Yang pertama, pemain itu telah menghalang larian CR7 dengan kakinya dan CR7 dijatuhkan. Itu adalah satu kekasaran. Yang ke-2, CR7 telah dijatuhkan oleh Kurt Zouma dalam perebutan bola dan kakinya kena kepada kaki CR7. Perkara sebaliknya berlaku kepada Paul Pogba, Pogba tidak menyentuhnya tetapi dia yang berlari ke arah Pogba dah itu dikatakan kekasaran yang dilakukan oleh Pobga. Sesuatu yang pelik.’

- Advertisement -