Kepentingan Hero Tak Didendangkan

0

Peranan seorang pemain tengah bertahan amat penting didalam apa jua formasi pilihan jurulatih.

Kelibat mereka boleh diibaratkan ‘hero yang tidak didendang’ taktala rakan sepasukan yang lain lebih mendapat perhatian.

Seperti yang telah diketahui umum, Ole Gunnar Solksjaer berkemungkinan akan mengubah formasi di United pada musim baru nanti. Dari skema 4-2-3-1, 4-4-2 berlian mahupun 3-5-2, perubahan akan beralih ke formasi bolasepak moden 4-3-3.

Jika sebelum ini tugas bertahan di koridor tengah sering bersilih ganti antara Scott Mctominay, Fred ataupun Paul Pogba. Tidak ketinggalan sokongan dari bangku simpanan seperti Nemanja Matic atau Van de Beek.

Namun didalam senarai tersebut, hanya Matic saja yang berstatus dan mempunyai pengaruh sebagai ‘defensive midfielder’ yang sebenarnya. Akan tetapi pemain ini semakin di penghujung peak dan berusia.

Sementara Mctominay dan Fred tidak konsisten walaupun mereka mampu mengalas tugas tersebut. Pogba serta Van de Beek pula hanyalah alternatif tambahan untuk membantu tugasan bertahan.

Jika Ole Gunnar Solksjaer serius dalam membangunkan idea lebih menyerang dalam struktur 4-3-3, beliau akan menggunakan hanya seorang pivot tunggal dimana Matic, Mctominay dan Fred tidak kompeten untuk tugasan sedemikian.

Jawapannya, United wajib mendaratkan seorang pemain di role tersebut. Dan nama Declan Rice adalah yang patut dipertimbangkan. Selain kualiti, beliau juga menawarkan perwatakan, sudah terbukti kemampuannya dan seorang pemain dari tanah Inggeris.

Di Euro 2020 yang lalu, Rice memberikan persembahan yang sangat bertenaga sewaktu bergandingan dengan seorang lagi defensive midfielder, Kalvin Philips.

Benar didalam sistem Gareth Southgate, kapten The Hammers itu berada pada role Central Defensive Midfielder bersama Philips untuk membentuk duo pivot. Namun ketika beraksi buat West Ham, Rice bertindak sebagai single pivot dengan Tomas Soucek dan Pablo Fornals lebih ditolak ke atas membantu serangan.

Situasi sedemikian boleh diaplikasikan bersama United dengan kualiti teknikal pemain yang lebih dari West Ham.

United boleh memanfaatkan keadaan dengan menawarkan pertukaran pemain membabitkan Jesse Lingard yang diminati mantan pengurus, David Moyes berserta tambahan wang perpindahan.

Melalui tarikan aksi Liga Juara-Juara dan ramainya pemain yang bersahabat baik dengan Rice di skuad United, tiada masalah besar dari segi terma peribadi namun hanya tinggal kelulusan dari pengurusan tertinggi West Ham dan Manchester United.

- Advertisement -