Berita Terkini

Kemunculan semula Van De Beek merebut tempat dalam skuad United

365343a9 3fbf 4921 Af7c 9835be33a152

Pada perlawanan menentang Sheriff, pengurus Erik Ten Hag mengoptimumkan pertukaran pemain dari bangku simpanan. Ten Hag membuat lima pertukaran dan ramai pemain mendapat peluang bermain.

Pemain yang dinanti ketua pasukan kesayangan ramai Harry Maguire awal membuat kemunculan dengan bermulanya babak kedua. Dan beberapa lagi pemain menyusul masuk.

Namun ada seorang pemain yang kurang mendapat tempat kurang mendapat perhatian, kini kembali untuk membuktikan kemampuannya.

Ya pemain tersebut ialah Donny Van De Beek.

Minggu ini sekembalinya Donny dalam latihan senang melihatnya akan bersaing mendapatkan minit permainan. Harap dia mengambil peluang baki perlawanan sebelum Piala Dunia dan selepas piala Dunia pasti lebih banyak minit permainan yang dia akan dapat..

Pada perlawanan berdepan Sheriff awal pagi tadi, dia dimasukkan pada minit ke 79 menggantikan pemain muda Garnacho.. Okay laa dapat baki 10 minit bukannya mudah bagi pemain yang bergelut dalam pasukan..

Seronok dapat tengok dia mengenakan kembali jersey United diatas padang. Dia tidak banyak mengeluh sebab dia sendiri pun tahu sumbangannya belum boleh membuat dia demand.

Aksinya yang minimum nampak dia sharp diatas padang. Nampak dia boleh bagi sesuatu dalam pasukan dan Ten Hag perlu gunakan kualiti yang ada pada Donny. Ten Hag tahu kelebihan yang dimiliki Donny

Team United sebelum ini tidak mengaplikasi dengan penguasaan bola, dan kualitinya tidak begitu dapat dilihat secara optimum. United sekarang lebih menerapkan penguasaan bola, lebih mudah untuk Donny masuk ke dalam permainan dan mencari ruang dan peluang..

Selepas ini United akan berdepan West Ham United pada kempen liga dan diharapkan Donny mendapat minit permainan walaupun sebagai pemain gantian. Ini disebabkan kualtiti lawan di EPL lebih tinggi tahap kesukarannya berbanding UEL peringkat kumpulan

 

Lain-Lain Artikel