Buletin Manchester United

Kemenangan-liga-pasti-mendiamkan-peminat-pasukan-lawan

Kemenangan liga pasti mendiamkan peminat pasukan lawan

Manchester United kini berada di kedudukan ke-2 liga sedang berada dalam misi menjuarai Liga Perdana Inggeris untuk kali ke 21 selepas kali terakhir mereka berjaya pada tahun 2013. Kemenangan sahaja mampu memdiamkan kritikan peminat pasukan lawan. Maguire tahu mengenai harapan peminat United yang dahaga melihat kejayaan United seperti pada era Sir Alex Ferguson. Kejayaan menjuarai liga pasti akan memberikan memori indah kepada United disamping pencapaian terbaiknya sebagai ketua pasukan United.

Peminat pasukan lawan sangat benci atau sakit hari melihat sejarah kejayaan kelab ini. Maguire berkata, ‘Saya tidak kisah dengan mereka. Saya sangat gembira kerana ia memberikan cabaran buat saya dan rakan-rakan sepasukan. Apabila saya berjaya memegang sebarang piala untuk pasukan United, saya akan melemparkan senyuman kepada mereka semua. Saya tahu mereka pasti tidak suka kami memenangi sebarang kejuaraan.’

‘United sekarang pasti menjadi bualan peminat di seluruh dunia disebabkan kemarau kejuaraan sejak era Sir Alex Ferguson yang lepas. Peminat-peminat tersebut tidak mahu kami melakukan yang terbaik. Mereka mahu kami tewas sepanjang perlawanan dan kami pernah alami situasi berkenaan.’

Jika United berjaya menewaskan Everton, United mampu berkongsi kedudukan mata dengan Man City untuk tempoh 24 jam. Maguire yang melengkapkan perpindahan ke United dengan nilai £80 juta dari Leicester City pada 2019 mengharapkan rakan sepasukan fokus dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kejuaraan yang diidamkan meraka selama ini.

Maguire yang berusia 27 tahun berkata, ‘Saya merasakan sejak beberapa tahun bersama United, kami semakin mempamerkan prestasi yang lebih baik. Apabila anda mempamerkan prestasi yang bagus, anda pasti tidak mengharapkan kemenangan nasib untuk 1,2 3 perlawanan. Anda akan terus mendapatkan kemenangan mutlak untuk pasukan. Kami semua harus pastikan kami membaca perlawanan dengan baik serta menyempurnakan peluang yang dimiliki untuk menterjemahkan kemenangan.’

‘Kami akan memenangi piala suatu hari nanti. Kami sekarang mampu bersaing untuk mendapatkan kejuaraan liga, seterusnya kami akan berusaha memenangi kejuaraan tersebut.’