Kemelut Luke Shaw dan Jose Mourinho masih panas

0

Luke Shaw sudah muak dengan cerita mengenai kisahnya dengan bekas pengurusnya Jose Mourinho.

Baru-baru ini, Jose Mourinho telah mengkritik cara Luke Shaw mengambil sepakan sudut ketika perlawanan England menentang Czech Republic. Shaw tidak duduk diam dan kembali bersuara.

Kisah pertelingkahan di antara Shaw dan Mourinho ini berlaku semasa di United kerana isu prestasi dan berat badan Luke Shaw. Namun Luke Shaw menjadi seorang pemain yang sangat bagus di bawah bimbingan Ole Gunnar Solskjaer.

Shaw berkata,”Sudah tiba masanya untuk kita berfikir secara positif dan berpandangan kehadapan. Saya cuba teruskan macam biasa permainan dan kehidupan saya tetapi dia masih lagi belum boleh.”

Shaw mengakui rakan sepasukannya di England ada berbincang mengenai kritikan Mourinho ke atasnya. Sebelum Euro 2020 bermula, Mourinho ada menyuarakan pendapat di mana Ben Chilwell adalah pemain pertahanan kiri utama untuk pasukan England bukan Luke Shaw.

Shaw berkata,”Dia sentiasa berbicara mengenai saya, itu yang membuatkan saya jadi pelik. Sehinggakan ada rakan-rakan ada berkata, “Apa masalah dia yang sebenarnya?” dan “Mengapa dia suka bercakap mengenai perkara itu?” Dia perlu teruskan macam biasa.”

“Saya berharap dia mendapat ketenangan dengan perkara yang dia bicarakan itu dan menruskan urusannya macam biasa serta tidak perlu risaukan tentang diri saya. Saya dapat rasakan yang saya berada dalam kepala dia dan dia selalu fikirkan tentang saya.”

Walaupun terpalit dengan isu berkenaan, Shaw masih lagi berjaya melakukan aksi yang mantap dalam 2 perlawanan bersama England.

Dia telah mencipta peluang gol tertinggi dikalangan rakan sepasukannya dalam kejohanan kali ini walaupun dia tidak bermain untuk perlawanan pertama.

Shaw dikatakan akan menjadi pilihan dalam kesebelasan utama ketika pertembungan England dan Jerman nanti. Namun Jose Mourinho menjadi pemerhati yang baik dalam perlawanan tersebut.

Perseteruan ini pastikan memalukan Mourinho kerana Shaw sentiasa berjaya mempamerkan aksi yang baik dalam setiap perlawanan dan dia mampu mengelak dari sebarang kontroversi berkenaan perkara tersebut dari mengganggu permainannya.

- Advertisement -