Kelvin Philip kini menjadi senarai terbaru bagi United, kisah Rio dan Cantona akan berulang kembali

0

Manchester United dilaporkan berminat untuk menandatangani pemain tengah pasukan musuh tradisi mereka Kalvin Philips dari Leeds. United sebelum ini dikaitkan dengan Declan Rice hampir 12 bulan yang lepas namun menurut laporan Daily Star, United tiada perancangan untuk mendapatkan rakan sepasukan pemain England tersebut.

West Ham telah meletakkan harga 90 juta pound bagi mendapatkan Rice dan nilai tersebut membuatkan Solskjaer beralih arah kepada Philips. Pihak pengurusan United tidak bersetuju dengan nilai yang ditetapkan kepada Rice dan lebih rela beralih arah kepada pemain lain untuk mengisi posisi pemain tersebut. Philips dijangka akan menjadi sasaran utama Solskjaer pada perpindahan musim hadapan.

Kritikan yang menimpa gandingan Fred, Matic dan McTominay pada musim ini dan musim lepas menjadi faktor utama kepada perpindahan tersebut. Peminat-peminat Leeds pasti tidak senang duduk dengan berita ini kerana kedua-dua pasukan ini merupakan musuh tradisi sejak dahulu lagi.

Beberapa pemain Leeds telah berhijrah ke United pada sebelum ini sekaligus mencetuskan kontroversi yang tegang di antara kedua-dua pasukan. Eric Cantona, Alan Smith dan Rio Ferdinand di antara nama-nama besar tersebut. Philips telah membesar di Leeds dan merupakan pemain pujaan peminat Leeds sejak dia membantu pasukannya itu naik ke peringkat Liga Perdana Inggeris pada musim lepas.

Dia juga telah bermain di peringkat teringgi bersama pasukan England pada Euro 2020 dan menjadi nadi di bahagian tengah England yang layak ke perlawanan akhir sebelum tewas dalam penentuan sepakan penalti kepada Itali.

- Advertisement -