Buletin Manchester United

Kelemahan-utama-Maguire

Kelemahan utama Maguire

Perkara utama yang menjadi keraguan kepada Ole Gunnar Solskjaer adalah jangan mempercayai Maguire dalam situasi 1 lawan 1 menurut pendapat Rio Ferdinand.

Kapten pasukan United itu, tidak mempunyai kelajuan dan pasti akan mengundang padah kepada United jika pasukan lawan melancarkan serangan balas yang pantas ke kubu United. Isu ini juga berkait dengan gandingan Maguire, iaitu Victor Lindelof. United perlu mendapatkan seorang pemain pertahanan baru pada musim hadapan.

Rio Ferdinan telah memberikan pendapatnya,’Saya rasa, perkara utama yang Solskjaer gusarkan mengenai pertahanan United adalah mengenai kepantasan. Adakah dia akan mempercayai Maguire dan Lindelof tinggal berdua di garisan tengah ketika United melancarkan serangan?’

‘Sudah pasti tidak, mereka berdua ini tidak mempunyai kelebihan dari segi kepantasan. Walaupun mereka merupaka pemain pertahanan yang bagus dalam aspek-aspek yang lain, tetapi kepantasan adalah kelemahan utama mereka. Pasukan lawan akan memberikan ruang untuk United menyerang sambil merancang untuk serangan balas yang pantas.’

Kepantasan adalan perkara penting bagi ciri-ciri untuk pemain pertahanan baru United perlukan. Ia akan mengimbangi kelemahan Maguire.

Tetapi sebaliknya bagi pemain pertahanan kiri dan kanan United. Bissaka sangat cemerlang dalam membuat bentesan terutama ketika 1 lawan 1. Ia terbukti selepas dia berjaya mendiamkan aksi Raheem Sterling ketika pertembungan 2 pasukan tersebut.

‘Saya rasa, Bissaka hanya perlu mempertingkatkan teknik kawalan bola yang dia ada sekarang. Teknik pertahanan yang sedia ada sekarang sangat bagus tidak dinafikan. Kita boleh lihat City sentiasa menggerakkan permainan di sebelah kiri tetapi gagal untuk menembusi Bissaka.’

‘Luke Shaw juga sangat cemerlang pada musim ini. Dia sangat bagus dalam menjaga atau mengikut pemain lawan sambil memintas untuk mendapatkan bola. Oleh yang demikian, United harus fokus mencari pertahanan yang mempunyai kepantasan yang bagus pada musim hadapan supaya, pemain serangan dan tengah lebih mempunyai keyakinan ketika melakukan serangan tanpa merisaukan aspek bertahan.’