Kelebihan Trippier di bahagian sayap diperlukan di United

0

Kieran Trippier bukanlah seorang pemain yang diharapkan oleh peminat-peminat United untuk menyertai United pada musim ini.

Menurut akhbar Manchester United Evening, pemain ini berada dalam radar perpindahan ke United. Khabar angin yang diberitakan tersebut adalah benar.

Aaron Wan-Bissaka merupakan seorang pemain yang paling konsisten pada beberapa tahun yang lepas. Dia yang berusia 23 tahun telah membuat 100 penampilan dalam 2 musim bersama United. Dan dia akan pasti akan berada dalam kesebelasan utama United pada musim hadapan.

Kehadiran Trippier pasti bukan untuk memanaskan bangku simpanan. Dia tidak akan senang duduk berada di belakang pemain muda itu.

Namun, Trippier mampu bermain dihadapan Bissaka kerana die akan memberi ‘option’ menyerang yang baik sama seperti Luke Shaw.

United memerlukan pemain sayap yang berkualiti di bahagian kanan. Di bahagian kiri sudah cukup mantap. Akan tetapi disebabkan United lebih cenderung untuk mengasak di bahagian kiri, pasukan lawan sudah dapat membaca taktikal tersebut.

Di sebabkan itu, kehadiran Sancho dan Trippier mampu menguatkan taktikal Solskjaer yang lebih gemar mengasak pasukan lawan menerusi bahagian sayap.

Sancho merupakan pilihan yang mahal untuk dilaburkan pada ketika ini. Adakah dengan potensi kehadiran Trippier yang mempunyai hantaran lintang yang baik mampu memberi jawapan kepada serangan United di bahagian kanan?

Kehadiran pemain berpengalaman yang berusia 30 tahun ini akan membantu pemain-pemain muda. Dia kerap bermain di bahagian sayap dan ‘full-back’ ketika bermain bersama Atletico Madrid dan telah mencipta 6 ‘assist’.

Jika Trippier setuju dengan perpindahan ke United, maka Bissaka ada kemungkinan akan bermain sebagai pertahanan tengah. Kelemahan Bissaka adalah ketika bola di udara. Solskjaer pasti akan membuat persediaan rapi jika perancangan ini berlaku. Perlawanan pra musim pasti akan menjadi uji kaji posisi berkenaan bagi Bissaka.

- Advertisement -