Kekecewaan Dean Henderson

0

Apabila pengalaman pertama untuk beraksi Di Euro 2020 seperti disentap oleh kecederaan adalah sesuatu yang tidak dapat diterima oleh penjaga gol Manchester United, Dean Henderson. Dia kecewa dengan apa yang berlaku kepada dia setelah dipilih ke dalam senarai 26 pemain pasukan England untuk Euro 2020.

Henderson terpaksa menarik diri akibat kecederaan pinggul. Dia merasa begitu kecewa untuk keluar Dari skuad England dan berharap rakan-rakannya yang lain dapat memenangi Euro 2020 tanpa kehadiran dia.

Henderson merupakan penjaga gol nombor 2 di belakang Jordan Pickford. Bekas pemain skuad akademi United, Sam Johnstone Pula Akan Naik sebagai penjaga gawang kedua menggantikan Henderson. Manakala Aaron Ramsdale dipanggil menggantikan tempat Henderson sebagai penjaga gol ketiga.

Seorang wartawan bernama Jonathan Shrager memberitahu kecederaan yang dialami Henderson tidak memerlukan sebarang pembedahan. Dia hanya memerlukan rehat sehingga pra-musim untuk memulihkan kecederaan tersebut.

Henderson yang berumur 24 tahun ketika ini telah mendapat 1 kap untuk England. Diharapkan pada masa akan datang, dia dapat menyertai skuad England untuk Piala Dunia 2022 di Qatar nanti.

Saat ini, dia juga boleh memfokuskan diri untuk kelabnya, Manchester United dan menjadikan dia sebagai penjaga gol nombor 1 di dalam kelab.

Henderson telah melakukan 26 penampilan pada musim lepas dalam semua pertandingan. Masih lagi samar untuk menyatakan siapa yang akan memegang posisi penjaga gol nombor 1 sama ada dia ataupun David de Gea.

David de Gea juga masih duduk di bangku simpanan selepas Luis Enrique lebih memilih Unai Simon sebagai penjaga gawang utama untuk skuad Sepanyol itu.

- Advertisement -