Kejurulatihan Britain sebagai teras utama pasukan United

0

Langkah pertama Ole Gunnar Solskjaer ketika bertugas sebagai pengurus United adalah dengan mendapatkan semula khidmat jurulatih berpengalaman pada era Sir Alex Ferguson, Mike Phelan.

Ia merupakan langkah yang bijak. Tetapi Solskjaer masih tidak boleh dibuai dengan kejayaan lama dengan pengambilan Mike Phelan sebagai jurulatih United.

Solskjaer kini sibuk untuk merekrut jurulatih baru berbakat dari Britain. Perkara ini dapat membantu meningkatkan pencapaian pasukan United pada masa hadapan.

Kieran McKenna

Salah satu keputusan besar yang telah diambil oleh Solskjaer adalah untuk mengekalkan Kieran McKenna. McKenna baru berusia 35 tahun di ambil sebagai jurulatih 18 tahun United ketika era Jose Mourinho dan kini dia bersama dengan pasukan senior United.

Jurulatih berbangsa Ireland Utara itu telah mengukir nama ketika bersama Spurs dalam memimpin pasukan 18 tahun mereka ke separuh akhir FA Piala Pemuda. Dia telah memainkan peranan penting dalam sesi latihan kem United pada setiap hari di samping ditugaskan untuk menganalisis corak permainan pasukan lawan.

Justin Cochrane

Pada awal musim panas ini, United telah mendapatkan Justin COchrane sebagai Ketua Pemain Akademik di United dalam memantau prestasi semasa pemain-pemain muda yang berkualiti.

Cochrane berusia 39 tahun dilihat mempunyai latar belakang yang bagus selepas bekerja bersama FA. Kini dia akan bekerjasama dengan staf akademik sedia ada di United untuk menyokong mereka dan membantu perkembangan individu pemain di bawah 18 tahun dan 23 tahun.

Eric Ramsay

Eric Ramsay adalah jurulatih baru United yang dilaporkan mempunyai kepakaran dalam ‘set-pieces’. Solskjaer menggambarkan Ramsay akan memberikan inovatif dan idea-idea yang segar dalam sesi latihan United. United kerap melepaskan gol ketika situasi ‘set-pieces’ pasukan lawan. Diharapkan pengalaman Ramsay ketika bersama pasukan Chelsea dapat dimanfaatkan United. Dia merupakan jurulatih termuda mendapat Lesen Pro UEFA pada usia 29 tahun.

Micheal Carrick, 39 tahun dan Martyn Pert, 43 tahun juga merupakan pembantu jurulatih Solskjaer pada ketika ini. Namun kekurangan pengalaman mereka ini pasti dapat dipertingkatkan dengan gabungan idea dan pandangan jurulatih lama, baru, muda dan tua bagi musim baru ini.

Solskjaer kini dikelilingi dengan sekumpulan jurulatih yang muda dan berinovasi dalam corak permainan moden bola sepak inggeris. Corak permainan bola sepak sentiasa berkembang dan pengambilan jurulatih baru ini diharapkan dapat memberikan kebaikan kepada pasukan.

Mike Phelan mempunyai pengalaman yang bagus dalam era bola sepak United pada waktu SAF dulu. Namun kehadiran jurulatih baru dan muda juga dapat memberikan kelainan dalam pasukan.

Dengan sikap setiap jurulatih yang melakukan kerja dengan bagus dan memberikan pandangan yang bernas, kita dapat melihat perubahan kepada corak permainan pasukan.

Adakalah kita mahu menyerang dan ada kala kita mahu bertahan. Setiap maklumat yang jurulatih berikan kepada pemain akan diikuti dan diterima. Bola sepak moden memerlukan tenaga yang lebih daripada setiap pemain. Anda pasti tidak senang bermain secara bersahaja di atas padang. Anda harus melakukan kerja-kerja di atas padang dengan arahan yang telah diberikan.

Semua jurulatih-jurulatih muda ini mempunyai masa depan yang cerah dalam karier pengurusan bola sepak. Mereka pasti akan memainkan peranan dalam pasukan United pada masa depan. Mereka juga mempunyai potensi untuk menjadi pengurus pasukan mereka sendiri kelak.

Dengan kepercayaan Solskjaer ke atas jurulatih-jurulatih muda ini, pasti bakat dan potensi pemain-pemain sedia ada di United tidak akan dipersia-siakan.

- Advertisement -