Kehadiran Varane ke United beri kesan kepada Phil Jones

0

Penantian Raphale Varane ke United pasti akan berakhir pada minggu ini. Khabar angin kuat memperkatakan Varane telah mempersetujui perjanjian kontrak selama 5 tahun bersama United. Namun kedua-dua pasukan ini masih belum mengesahkan perkara tersebut.

Jika Varane rasmi ke United, maka United perlu memberikan nombor jersi kepada Varane. Pasti no 4 milik Phil Jones akan hangat dipersoalkan.

Jones merupakan pemain United yang telah menyarung jersi nombor 4. Kali terakhir dia menyarung jersi tersebut adalah pada Januari 2020 selepas dia menghadapi kecederaan yang teruk. Namun peminat masih bersimpati dengan nasib Phil Jones merupakan pemain yang pernah beraksi pada era Sir Alex Ferguson.

Jones dilihat telah kembali berlatih pada sesi latihan pra-musim ini. Walaupun dia telah mula menjalani latihan sejak April lepas, namanya masih belum tersenarai dalam perlawanan persahabatan pra-musim baru-baru ini.

Varane telah memakai jersi nombor 4 ketika bermain untuk pasukan Perancis. No bertuah itu telah membolehkan dia memenangi kejuaraan Piala Dunia 2018 yang lepas. Dia masih lagi menyarung jersi nombor 4 ketika Euro 2020 baru-baru ini.

Namun, di Real Madrid, nombor 4 adalah milik Sergio Ramos manakala dia memakai jersi nombor 5.

Di United, nombor 5 telah dipakai oleh Harry Maguire. Varane memelukan nombor alternatif lain untuk dipakainya semasa di United. Nombor 4 adalah nombor terbaik bagi Varane pada ketika ini berdasarkan penampilan dia bersama pasukan Perancis.

Selain itu, alternatif lain adalah nombor 3 jika Eric Bailly berhijrah. Tetapi perkara itu masih belum berlaku kerana Bailly kini bermain untuk Ivory Coast di kejohanan Olimpik Tokyo 2020. Mustahil sebarang urusan perpindahan akan berlangsung pada waktu ini.

Kehadiran Varane pasti dalam beberapa hari lagi pasti akan membuatkan pengurusan United terpaksa melakukan keputusan yang tepat mengenai pemilihan nombor tersebut sebelum musim baru bermula.

Nombor yang masih boleh dipakai Varane adalah no 12 milik Chris Smalling dan no 16 milik Marcos Rojo. Kemudian no 24 milik Fosu-Mensah. Ia pelik jika permain pertahanan berpengalaman memakai jersi no 12 sedangkan no 4 milik Jones tidak pernah bermain pada musim lepas untuk satu perlawanan.

Tawaran kontrak baru kepada Phil Jones adalah keputusan yang diluar jangkaan peminat. Dia masih mempunyai baki 2 tahun kontrak bersama United. United perlu tegas menunjukkan jalan keluar kepada Jones kerana sumbangannya amat sedikit kepada pasukan United walaupun dia mempunyai kualiti pertahanan yang bagus pada awal United perpindahan lepas.

Jika Varane memakai no 4 pada musim ini ia akan memberi gambaran yang karier Jones akan berakhir pada musim mendatang. Sukar United untuk menjual Phil Jones pada waktu ini kerana gajinya yang tinggi disamping fakto kekerapan kecederaan pada dirinya. United boleh meminjamkan kepada pasukan lain untuk mengurangkan kos tangunan gajinya.

Selain itu, United boleh membayar pampasan kepada Jones dengan menamatkan baki kontraknya sekaligus memberikan status ejen bebas kepada kariernya. Walaupun dia masih mempunyai masa yang lama untuk bermain bola sepak, namun kariernya bersama pasukan United dilihat tidak mungkin akan berlaku.

- Advertisement -