Manchester United secara rasmi telah mengumumkan kejayaan melengkapkan perpindahan Varane dari Real Madrid ke Man United.
Perkara ini telah mendapat pujian daripada peminat-peminat United tetapi sebaliknya berlaku di Real Madrid. Peminat mereka kecewa kerana hilang 2 tonggak pertahanan penting iaitu Ramos dan Varane dalam 1 musim yang sama.
Bagi United, ini adalah langkah drastik yang telah di ambil oleh pengurusan United bagi memperkukuhkan barisan pertahanan. United di lihat begitu serius untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas beberapa tahun kempunan pada sebelum ini. Faktor pertahanan adalah perkara asas bagi kejayaan Man City menjuarai kejuaraan pada musim lepas. United berada dikedudukan ke-5 dalam senarai bolos paling kurang dalam liga.
🗣 Sir Alex Ferguson – “Attack wins you games, but defence wins you titles.” #mufc
— UnitedReds (@UnitedRedscom) July 26, 2021
Kehadiran Varane telah mengingatkan kita mengenai ungkapan Sir Alex Ferguson, ‘Bahagian serangan akan memberikan anda kemenangan, manakala barisan pertahanan akan membawa anda kejuaraan.’
Pelaburan United di bahagian pertahanan membuktikan Ole Gunnar Solskjaer sangat bimbang pada posisi berkenaan pada sebelum ini. Solskjaer juga telah mendengar nasihat bekas pengurusnya sendiri ketika dia hadir ke United pada musim pertama dengan menandatangani 2 orang pemain pertahanan iaitu Wan-Bissaka dan Harry Maguire.
Setelah hampir masuk kepada 3 musim bersama United, maka Solskjaer telah memutuskan untuk membawa masuk seorang pemain pertahanan baru iaitu Raphael Varane dari Real Madrid untuk bergandingan dengan Maguire di barisan pertahanan.
Champions League 🏆🏆🏆🏆
La Liga 🏆🏆🏆
Copa del Rey 🏆
Spanish Super Cup 🏆🏆🏆
Club World Cup 🏆🏆🏆🏆
UEFA Super Cup 🏆🏆🏆EIGHTEEN trophies with Real Madrid 🤯
Manchester United have a serial winner in Raphael Varane 🔴⚫️ pic.twitter.com/ZzAxyZsrkp
— Goal (@goal) July 28, 2021
Karier Varane sememangnya tidak dinafikan merupakan pemain pertahanan berkelas dunia. Dia telah memenangi 14 daripada 14 perlawanan akhir yang dia bermain. Dia telah berjaya menjuarai Piala Dunia bersama Perancis dan Piala Juara-Juara Eropah bersama Real Madrid.
Bahagian serangan United tidak menjadi masalah kepada Solskjaer. Untuk musim kedua berturut-turut, 3 pemain United telah menjaringkan 17 gol atau lebih dalam satu musim. Pada tahun 2019/2020 gandingan Greenwood, Rashford dan Martial. Manakala 2020/2021 Cavani, Rashford dan Fernandes.
7 players got into double figures for shots on target for Manchester United in the Premier League over the course of last season
51 – Bruno Fernandes
37 – Marcus Rashford
24 – Mason Greenwood
21 – Anthony Martial
15 – Edinson Cavani
11 – Paul Pogba
10 – Harry Maguire— Tùka (@TukaLetura) July 25, 2021
United telah menjaringkan 73 gol dan berada di kedudukan no-2 senarai jaringan gol dalam 1 musim terbanyak di belakang City. Dengan kehadiran Sancho, diharapkan bahagian serangan United dijangka akan mempunyai pelbagai corak serangan yang mampu menghasilkan gol.
United tidak mahu lagi bermain dalam perlawanan di mana mereka ketinggalan dan harus bangkit untuk mendapatkan kemenangan. Ia merupakan permainan yang memenatkan. Oleh sebab itu, kehadiran Varane dapat membawa pasukan United di tahap yang lebih baik terutama di bahagian pertahanan.