Kehadiran Sancho pasti akan menentukan masa depan Pogba

0

Selepas beberapa hari, khabar angin perpindahan Jadon Sancho ke Manchester United hangat diperkatakan dan hampir dimuktamadkan dalam beberapa hari atau minggu yang mendatang.

Menurut BBC Sport, harga perpindahan Sancho yang berusia 21 tahun ini yang belum dipersetujui kedua-dua belah pihak. Jadon Sancho pula dikatakan telah bersetuju dengan syarat kontrak peribadi yang ditetapkan oleh Manchester United.

Oleh yang demikian, United dikatakan akan menentukan masa depan Paul Pogba yang dilanda pelbagai spekulasi. Ketika Pogba dalam skuad kebangsaan Perancis dalam persediaan menghadapi Euro 2020, pelbagai cerita telah timbul sehinggakan beliau sendiri terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk meredakan keadaan.

Masa depan Pogba yang masih samar kerana baki kontrak hanya tinggal setahun dengan Manchester United belum diperbaharui.

ESPN melaporkan Pogba tidak berkata ‘tidak’ apabila beliau diajukan soalan berkaitan perpindahan beliau ke Paris Saint-Germain. Bercakap kepada Sky Sports, Manchester United masih belum memberikan tawaran kontrak baru kepada beliau.

“Saya masih mempunyai setahun lagi kontrak dan semua orang tahu. Kelab (Manchester United) masih belum kemukakan apa-apa tawaran bagi kontark yang baru. Kami telah melngkapkan perjalanan yang bagus pada musim lepas dengan berada di peringkat akhir Piala Europa dan saya belum mengadakan perbincangan lagi dengan pengurus (Ole Gunnar Solksjaer).”

“Masa depan saya ketika ini hanya tertumpu kepad Euro 2020. Saya akan cuba untuk mengenepikan segala persoalan berkaitan kelab dalam pertandingan seperti ini. Sebab itulah saya mempunyai ejen yang akan menguruskan semuanya.”

Tindakan Pogba ini sangat tepat disebabkan kempen Euro 2020 yang telah bermula dan para peminat masih belum mengetahui apa yang dimahukan beliau. Ejen Pogba, Mino Raiola tidak akan begitu gembira dengan apa yang berlaku. Sekiranya Pogba bersedia untuk bersama Manchester United, Raiola akan memastikan kliennya akan mendapat tawaran yang lumayan.

Kemasukan Jadon Sancho ke dalam skuad United akan memberikan 2 pilihan kepada United sama ada mahu menjual Pogba atau mengekalkannya. Seperti yang diketahui, Pogba mahukan pemain-pemain yang berkualiti sekelilingnya untuk meningkatkan membuktikan betapa seriusnya kelab dalam buruan trofi.

Dengan kedatangan Sancho, United telah memiliki beberapa bintang bola sepak yang akan menaikkan semula nama United. Hanya seorang sahaja lagi pemain pertahanan tengah yang perlu dicari oleh United untuk memantapkan pasukan terutama di barasian pertahanan.

Sekiranya kontrak Pogba tidak diperbaharui, beliau akan menjadi ejen bebas dan ini akan merugikan United. Sekiranya Pogba bermain dengan baik di Euro 2020, beliau akan dapat dijual dengan harga yang tinggi.

Sekiranya Pogba mahu berpindah, United perlu mendapatkan seorang pemain tengah yang berkualiti untuk menambahkan kekuatan pasukan. Diharapkan United dapat menjadikan tempoh perpindahan ini dengan membeli pemain yang berkualiti.

- Advertisement -