Kehadiran Sancho ke United memberikan kebaikan kepada Aaron Wan-Bissaka

0

Perpindahan Jadon sancho ke United telah memberikan kebaikan kepada serangan pasukan United pada musim hadapan. Pemain penyerang United dijangka tiada masalah untuk melakukan serangan dari sebelah kanan atau kiri disampin rotasi pemain akan memberi ruang untuk para pemain utama mengekalkan moementum dan kecergasan mereka.

Kejayaan Sancho ke United pasti memberikan kemenangan kepada Aaron Wan-Bissaka.

Wan-Bissaka merupakan pemain pertahanan kanan United yang utama pada ketika ini. Dia telah bermain sebanyak 100 perlawanan dalam masa 2 musim. Sejak pada itu, dia telah mempelajari dan memperbaiki permainannya terutama ketika membantu melakukan serangan di bahagian sayap kanan. Dari segi pertahanan dia sangat bagus tidak dapat dinafikan.

Tetapi aksi Wan-Bissaka ketika membantu bahagian serangan sebenarnya tidak kurang hebatnya. Dia berjaya mencipta 5 assist kurang 1 daripada Luke Shaw.

Wan-Bissaka hadir ke United dengan nilai 50 juta pound pada 2019. United tidak mempunyai pemain sayap kanan yang semula jadi. Oleh yang demikian Wan-Bissaka tertumpu untuk melakukan larian di bahagian sayap ketika United melakukan serangan di bahagian kanan.

Jika anda masih ingat, ketika tahun 1999, Neville digandingkan bersama David Beckham manakala Ryan Giggs pula bersama Denis Irwin. Gandingan pemain di bahagian tepi sangat penting bagi memberikan keserasian mereka bermain di atas padang.

Wan-Bissaka tidak merasai perkara tersebut. Ada beberapa pemain yang kerap diturunkan sebagai pemain sayap kanan namun mereka bukanlah pemain sayap semula jadi atau kekurangan pengalaman beraksi sebagai pemain sayap.

Kehadiran Sancho pasti akan menambahbaik lagi gandingan di sebelah kanan United. Pasti serangan dari sebelah kanan dan kiri akan dilihat lebih seimbang. Ia pasti akan memberikan sesuatu yang lebih istimewa pada musim hadapan.

Seorang pemain sayap berkelas dunia dan seorang pemain pertahanan kanan terbaik yang United miliki pasti akan mensajikan permainan yang lebih menarik. Wan-Bissaka pasti boleh memfokuskan pada pertahanan dengan adanya Sancho di bahagian sayap kanan. Sancho akan memainkan peranan untuk membawa bola ke dalam atau menghantar bola ke kawasan kotak penalti. Kedua-dua pemain ini akan mempunyai tugas masing-masing.

Namun keserasian ini pasti akan mengambil masa beberapa minggu atau bulan. Para peminat pasti tidak sabar untuk hadir ke Old Trafford untuk melihat sendiri permainan pasukan United pada musim hadapan.

- Advertisement -