Kehadiran CR7 tidak akan mengubah rancangan United dapatkan Haaland musim depan

0

3FDDAB8E-F9FD-4392-A0B4-7913803DE5FB

Manchester United dilaporkan tidak akan mengubah rancangan perpindahan mereka pada musim panas 2022.

The Red Devils dikatakan masih akan berusaha untuk menandatangani Erling Haaland dari Borussia Dortmund pada musim depan.

Khabar angin mengenai minat Manchester United terhadap Haaland bukanlah perkara baru oleh kerana itu The Red Devils diketahui cuba membawa penyerang itu pada musim panas tahun depan.

Meskipun desas-desus beredar bahawa rancangan United akan segera berubah Kerana The Red Devils sudah menandatangani Cristiano Ronaldo pada musim panas ini namun ESPN mendakwa bahawa berita itu tidak benar. 

Menurut wartawan Espn Mark Ogden mendedahkan bahawa Manchester United pasti akan berusaha membawa Haaland musim depan.

Mereka menilai Haaland adalah penyerang muda berbakat ketika ini dan dia dipercayai akan menjadi tulang belakang barisan serangan Manchester United di masa depan.

Haaland diharapkan menjadi pengganti Ronaldo sebagai tulang belakang barisan serangan United sehingga membuatkan mereka ingin mempercepat perpindahannya.

Laporan yang sama mendedahkan bahawa Ronaldo boleh menjadi tarikan dalam perpindahan Erling Haaland musim panas ini.

Haaland terkenal sebagai peminat Ronaldo sehingga mereka dikatakan ingin memanfaatkan keadaan ini untuk menggoda pemain itu berpindah ke United kerana mereka beranggapan Haaland  tidak akan melepaskan peluang keemasan untuk bermain dengan idolanya.

Manchester United dilaporkan tidak perlu mengeluarkan banyak dana sehingga 100 juta pound  untuk menandatangani Haaland musim depan kerana United dipastikan dapat menebus pemain itu dengan harga  75 juta Euro.

Sumber:(ESPN)

- Advertisement -