Portal Rasmi

Kelab Peminat Buletin Manchester United (BMU)

Kehadiran Cavani dan Telles bakal mengurangkan beban berat yang dipikul oleh Fernandes

Manchester United boleh dikatakan mempunyai misi khas di sebalik pasaran perpindahan pada awal musim 2020/2021.Menurut The Mirror,rancangan khusus yang dilakukan oleh mereka ialah ingin mengurangkan beban yang ditanggung oleh Bruno Fernnades.

Bruno Fernnades menyertai dengan Manchester United pada Januari 2020.Sejak hari pertama dia datang ke Carrington, Bruno Fernandes telah dipastikan menerima beban yang berat untuk kelab itu.

Sejak menyertai United,Bruno Fernandes telah bermain hampir keseluruhan perlawanan sehingga tamatnya musim 2019/2020. Pemain Portugal itu juga berjaya membawa United dan menutup musim di kedudukan tiga teratas.

Musim lalu, dari 14 perlawanan di Liga Perdana inggeris,Bruno Fernnades telah menjaringkan lapan gol. Kemudian, dari tiga perlawanan pertama musim 2020/2021, pemain berusia 26 tahun itu telah menjaringkan dua gol untuk The Red Devils di Liga Perdana inggeris.

Bruno Fernandes memikul beban yang sangat berat kerana aksi hebatnya musim lalu.Cuma, penampilannya tidak begitu cemerlang pada awal musim. United tewas dua kali dalam Liga Perdana Inggeris, dari tiga perlawanan pertama.

Wartawan The Mirror, Rich Jones, melihat United mula risau dengan tekanan yang dipikul oleh Bruno Fernandes kerana pemain ini sentiasa diharapkan dapat menentukan keputusan akhir perlawanan.

“Kelab ini amat risaukan [Bruno Fernandes] dan ia kelihatan seperti penat dengan tuntutan yang dituntut kepadanya sejak kedatangannya,” kata Rich Jones.

Dan oleh disebabkan itu Keadaan ini menjadikan The Red Devils bergerak dan menyelesaikan perpindahan empat pemain pada hari terakhir pasaran perpindahan. United berjaya melengkapkan perpindahan Edinson Cavani, Alex Telles, Amad Diallo dan Facundo Pellistri.

Perpindahan Edinson Cavani diyakini dapat mengurangkan beban buat Bruno Fernandes. Pemain dari Uruguay mempunyai banyak pengalaman.Dia juga mempunyai mentaliti menang yang dapat memimpin skuad United.

Selain Cavani, Alex Telles juga diharapkan dapat mengurangi beban Bruno Fernandes.Mereka mempunyai hubungan baik dan saling berhubungan sebelum perpindahan berlangsung.

Jom kongsi dengan rakan anda artikel ini.

Ruang Iklan

Jadual Perlawanan

Liga Juara-Juara Eropah

Keputusan Perlawanan

Liga Perdana Inggeris
Manchester United lawan Chelsea

Ruang Iklan

Pastikan anda ikuti kami di medium seperti di bawah :

Website : bmumalaysia.com
Facebook : buletinmanchesterunited
Instagram : buletinmanchesterunited
Twitter : buletinmanutd